Isnin, 6 Ogos 2012

Program Ziarah Mahabbah Kg Sedul Lama.




PROGRAM ZIARAH MAHABBAH DI KG SEDUL LAMA
Tempat : Kg Sedul Lama.
Tarikh : 16 Julai 2012.
Anjuran : JAKIM Cawangan Sabah kerjasama JHEAINS Ranau.

RANAU : Kg Sedul Lama, 16 Julai 2012 (Isnin). Program Ziarah Mahabbah anjuran JAKIM Cawangan Sabah kerjasama telah diadakan di Kg Sedul Lama di bawah Qariah Luanti yang ditadbir qariah oleh Imam Sapinin Jahasin. Profail kg Sedul Lama adalah 200 orang Jumlah penduduk keseluruhan, sebanyak 18 buah rumah dan terdapat 25 keluarga.

Tempat program tersebut diadakan di balai raya Kg Sedul kerana surau agak kecil dan uzur, rombongan yang hadir terdiri daripada Penggerak Dakwah, Imam Qariah. Imam Rawatib, Staf JHEAINS, ALMNI PLDK dan Mahsiswa UKM. (Mohd Sobi Hadipin, Imam Sapinin Jahasin, Imam Azri Abdullah, Imam Lubin Rajiman, Imam Jamirin Dikun, Mohd Zulhadi Saimin, Noormie Rutin, Marylisa Suahing. Laisah Geofrey, Azmiayani Sungging, Imam Firdaus Juhile,Imam Adi Zakry Azizd, Imam Jasrin Yahyah, Imam Haidi Md Badwi).

Program bermula dengan taklimat dan sesi taaruf dan seterusnya Halaqah Tohara secara berkumpulan yang dibahagikan 4 kumpulan untuk membincangkan bab-bab Tohara dan seterusnya ahli kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka, setiap satu kumpulan selesai membentangkan, Fasilitator akan memberikan ulasan dengan lebih jelas lagi.. selesai pembentangan semua kumpulan, majlis penangguhan terus dibuat yang dirasmikan oleh Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Ranau iaitu Us Haji Abdul Rauf Abas.

Us Haji Abdul Rauf mengatakan bahawa program tersebut merupakan langkah permulaan jabatan agama untuk memantapkan ukhuwah dan kefahaman Islam terhadap penduduk kampung Sedul. Seterusnya program susulan akan dilancarkan dari masa ke masa yang lebih berbentuk ukhuwah dan khidmat masyarakat yang akan memakan masa 3 hari pada akan datang.

Menurut penilaian kami, penduduk kampung tersebut masih banyak perkara yang perlu diberi pengkhususan terutamanya perkara-perkara asas dalam Islam. kampung tersebut juga masih agak ketinggalan dari segi pembangunan dan sekiranya NGO-NGO Islam lain yang teringin datang menziarahi kampung tersebut, sampaikanlah ilmu yang boleh mereka amalkan dan penduduk Kg Sedul sangat peramah dan berfikiran terbuka. Datanglah untuk memeriahkan program di Kg tersebut.. sampai disini sahaja untuk masa ini.. Wassalam..