Khamis, 29 Oktober 2009

Program Ziarah Qariah dari Pekan Ranau Ke Kg.Terolobou dan akhir di Kg Karanaan



Program Rentas Ziarah Qariah ini dilancarkan dari Pekan Ranau kemudian berjalan ke Kundasang, lalu kami melalui Kg.Bundu Tuhan dan terus berjalan ke Kg.Terolobou, dan ke Kg.Tinatasan, kemudian ke Kg.Ratau. Kg.Terakhir yang kami masuk adalah Kg.karanaan. waktu itulah perut terasa lapar sangat, nasib baik Imam Rabinin bawa roti canai dan kami singgah di sungai Kg.Karanaan untuk mengisi perut.. Hanya kami berlima yang merentas Qariah ini. Mohd Sobi (Penulis), Imam Rabinin, Imam Hainin, Imam Firdaus dan Imam Asidi.. Terima Kasih kepada mereka..






Lapar..Lapar !!!.. Gugg.. tiada air minum ke?..







Jika tuan/puan nak rasai perjalanan ini, hubungi kami di talian 088-875125 JHEAINS Ranau.



Rabu, 28 Oktober 2009

Pengurusan Jenazah Kg. Bahab
















 
Assalammualaikum w.t.b..
Program pengurusan Jenazah di Kg.Bahab Ranau.. Orang kat situ baik-baik belaka.. mereka layan kami dengan baik dan mereka juga tunjukkan komitmen yang luar biasa.. kami suka orang kat sana.. satu masa kami akan datang lagi ke situ.. 


Program berjalan pada awal pagi jam 8 dengan sesi ceramah, kemudian pratikal pengurusan jenazah, selepas minum pagi jam 10.30, aktiviti seterusnya adalah tahsin solat.. tujuannya adalah untuk membudayakan amalan yang satu.. Selepas makan tengah hari dan sloat zuhur, aktivitinya adalah tontonan video dan akhir sesi ialah sesi dialog... Akhirnya kami beramah mesra dengan penduduk.. Wassalam...


Selasa, 27 Oktober 2009



Assalammualaikum w.t.b..
Syukur ke hadrat illahi, salam sejahtera ke atas junjungan Rasulullah saw..

Moga-moga kita sebagai umat islam mampu bersatu padu serta saling sokong menyokong demi agama yang tercinta..

Percayalah... Bahawa agama yang kita anuti ini bukan hanya untuk orang yang belajar agama sahaja tetapi khasnya untuk semua makhluk Allah swt.. Oleh itu, kita bersama-samalah menguatkan dan menyemarakkan syiar islam.. Berilah peluang pada diri agar mendalami agama islam, nescaya Allah swt akan memimpin kita ke jalan yang diredhai...