Isnin, 21 November 2011

Program Hari Raya Aidil Adha Di Kg Dilik Lohan Ulu Ranau.

KG.DILIK LOHAN ULU RANAU: 07 November 2011, program Hari Raya Korban yang dianjurkan JAKIM Cawangan Sabah yang diketuai oleh Pengarah JAKIM Cawangan Sabah iaitu Tuan Haji Ahmad Zaki Haji Arshad bersama Unit Dakwah ibupejabat telah disertai Ustaz Nasrun Abdullah, pengetua Pusat Latihan Islam Kundasang dengan kakitangannya dan rombongan Muslim Care, NGO Islam di Selangor yang diketuai Ustaz Abdul Razak Mohammad. Turut serta Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Ranau, Ustaz Haji Abdul Rauf Abas dengan Kakitangannya dan Penggerak Dakwah.

Program Ibadah korban ini merupakan program yang pertama sekali dianjurkan di kampung tersebut memandangkan belum pernah dilaksanakan sebelum ini. Kebanyakan penduduk kampung yang hadir dalam majlis tersebut dikalangan belia-belia yang mula berjinak-jinak dengan surau. Penduduk mula datang ke surau kira-kira pada jam 7.00 pagi. Setelah rombongan JAKIM dan Muslim Care sampai, aktiviti korban mula dijalankan kira-kira jam 9.30 pagi. Lembu yang dikorbankan sebanyak 2 ekor. Seekor disumbangkan oleh JAKIM dan seekor daripada Muslim Care yang akan diagihkan sumbangan daging tersebut ke kg Tinutuan.

Suasana Hari Raya korban dimeriahkan lagi dengan aktiviti gotong-royong memotong daging serta memasak sup daging resepi kg Dilik Lohan Ulu dan perubatan secara Islam yang dikendalikan oleh Ustaz Hadi Tolha dari Muslim Care. Pengerusi Surau Kg Dilik , Saud Alfian Mojungkit mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan dan program yang dianjurkan serta kehadiran daripada rombongan JAKIM serta Muslim Care. Selepas Solat Zohor, majlis ucapan dimulakan oleh Pengerusi Surau, Muslim Care dan ucapan serta tazkirah Pengarah JAKIM. Pengerusi Surau menyatakan rasa syukur dan rahmat yang menimpa kampung tersebut diatas keprihatinan pihak JAKIM dalam menentukan tempat sumbangan daging korban pada tahun itu. Beliau juga mengatakan bahawa program tersebut merupakan perintis jalan untuk menggalakkan masyarakat kampung tersebut untuk bergiat aktif dalam program di surau kerana selama ini jiran-jiran surau tidak pernah datang mengimarahkan surau tersebut. Beliau juga menganggap bahawa program ini berjaya dilaksanakan dengan jaya dan meriahnya.

Pengarah JAKIM cawangan Sabah membalas ucapan pengerusi surau berkaitan dengan program untuk penduduk kampung tersebut tidak akan berakhir disitu sahaja tetapi pihak Pusat Latihan Islam Kundasang akan menjadikan kampung tersebut sebagai peserta dalam kursus yang ditawarkan di Pusat Latihan Islam Kundasang. Seterusnya pengarah JAKIM memberikan tazkirah berkaitan dengan sejarah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dan motivasi untuk penduduk kampung. Menurut temubual dengan penduduk kampung yang mendengar ucapan serta tazkirah Pengarah JAKIM mengatakan bahawa mereka sangat terkesan dengan penyampaian tersebut, yang menariknya makcik-makcik yang mendengar tazkirah tersebut ternganga mulut mereka sambil tersenyum tanda khyusuk mendengar.

Kira-kira jam 1.00 petang, sumbangan daging korban disampaikan oleh Pengarah JAKIM kepada penerima-penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, miskin dan saudara baru. Pada jam 1.15 petang semua rombongan serta orang ramai menjamu selera yang dimasak oleh penduduk kampung dan orang ramai berebut-rebut mengambil makanan iaitu sup daging kg Lohan Dilik yang disediakan rempahnya En.Attin Naisin dan suasananya agak meriah. Seterusnya rombongan JAKIM dan Muslim Care mula bertolak ke Kg. Tinutuan untuk pengagihan daging korban yang memakan masa perjalanan selama kira-kira sejam iaitu 35 km dari Pekan Ranau.

Pengarah JAKIM, Pengetua PLIK dan Muslim Care bersama Pengerusi Surau
Lembu Korban Sumbangan JAKIM Cawangan Sabah
Lembu Korban Sumbangan Muslim Care
Aktiviti Gotong-royong memotong daging korban
Makcik-makcik yang sedang menyediakan rempah untuk Sup Daging
Aktiviti memotong dan membahagikan sumbangan daging Korban
Aktiviti Memasak
Majlis Penangguhan
Ucapan serta Tazkirah Pengarah JAKIM Cawangan Sabah
Majlis Penyampaian Sumbangan Daging Korban Kepada Penerima yang layak
Suasana ketika menjamu selera Sup Daging Kg. Dilik Lohan Ulu
Ucapan alu-aluan Wakil Muslim Care (Hj Abd Razak Mohammad) semasa di Kg Tinutuan
Persembahan Nasyid adik-adik di Kg Tinutuan
Penyampaian Sumbangan Daging Korban kepada Saudara Baru di Kg Tinutuan
Suasana Semasa Di Kg Tinutuan.. Wassalam

 Video terkait Program Sempena Hari Raya Aidil Adha.. Terima Kasih kepada JAKIM Cawangan Sabah, Muslim Care, JHEAINS Ranau dan pihak yang terlibat.. Banyak pengalaman bersama-sama dalam program tersebut.. Program bermula sejak 07 Nov 2011 hingga 09 Nov 2011 khususnya bersama-sama Muslim Care. Wallahualam..

Selasa, 3 Mei 2011

Majlis Pengislaman di Kg Karagasan

Kg Karagasan bertempat di Surau - 20 April 2011 (Rabu).. Kami bertolak dari pekan Ranau kira-kira jam 7.30 pagi dan sampai jam 11.30 pagi.. perjalanan km kira2 86km dengan jalan tak bertar dan ada kawasan jalan tanah runtuh..ketika ini jalan tak berapa bagus. Anggota yang turun padang mengikuti perjalanan ini seramai 8 orang.. Us Masnin Abdullah, Imam Jasrin Yahya, Imam Adi Zakry Helmi Azizd, Abqari hj Jumil, Imam Mohd Soleh Saily, Imam Abd Hamid, seorang rakan saudara baru iaitu mohd Ikhwan dan Saya sendiri.. Setiba kami distu, kami disambut dengan baik oleh orang kampung. Ini kali kedua kami bertapak disitu dan banyak isu dan cerita dikampung tersebut. Menurut temubual dan pemerhatian kami, memang agak kuat gerakan pihak sebelah. Antaranya, kelemahan pemimpin agama kita itu sendiri.
Menurut orang kampung, Imam yang menjaga kawasan tersebut sangat-sangat jarang datang pergi melawat mereka, kalau ada urusan jenazah perlu memanggil imam tersebut 5 hngga 6 kali baru datang, akhirnya penduduk kampung tersebut tidak lagi memanggil imam tersebut tetapi memanggil ustaz lain yang mengajar di sekolah kg Gusi. Pergi ke kg Gusi memakan masa slama 2 jam dengan menaiki perahu sedangkan bagi golongan bukan islam sangat cantik pengurusan jenazahnya. Selain itu, golongan sebelah sangat kuat gerakannya, antaranya pada tiap-tiap malam pelayan-pelayan akan menziarah dari rumah kerumah termasuklah rumah orang-orang Islam. Mereka akan melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti menyanyi, memberi ceramah dan hadiah. Manakala golongan Islam yang dikatakan kukuh Imannya maka mereka akan datang dan berdebat. Semua ni adalah kelemahan kami kerana kurang berkemampuan. Khabar dari orang
kampung, kedatangan ziarah pertama kami disitu telah mengemparkan penduduk kampung bukan Islam. Kesannya mereka mengupah orang luar untuk membimbing mereka dalam ajaran mereka dan bukan dilaksanakan digereja tetapi di resthouse.. Walau bagaimanapun, ada pun orang yang pernah memeluk Islam boleh mengaku sebagai bukan Islam. Golongan mereka ini menguruskan sijil kelahiran anak mereka dengan status Islam tetapi bila sudah selesai mendapatkan sijil tersebut maka boleh sahaja mereka berkata yang mereka itu bukan Islam. Ini juga kelemahan kita kerana gagal membimbing mereka dari dulu. Tetapi kami sebagai golongan belia dan muda, sasaran utama kami adalah golongan muda dan belia. Dikalangan mereka inilah yang banyak menyumbangkan statistik Pengislaman. Ini kerana golongan pakcik2 sudah kuat amalan lama mereka dan sangat sukar untuk dibendung. Akhirnya, kita bisa melihat golongan muda mudi ini mengucapkan syahadah. Adik kita Jolaini Jolami dengan nama Islamnya Nur Jannah Abdullah.
Sebenarnya ramai dari kg tersebut telah memeluk Islam.. tetapi kali ini kami menawarkan diri untuk datang menganjurkan majlis Pengislaman di kampung tersebut. InsyAllah bulan Mei ini kami akan datang kali ke 3 dan menganjurkan program Saudara Kita. Kami akan berkampung disitu selama seminggu. Doakan agar program kami berjaya dilaksanakan dan memberikan kesan yang sangat dalam.. Wallahualam..

Galeri



Surau Kg Karagasan. Terletak di sebelah kiri tepi jalan..






Adik kita Jolaini Jolami yang berpakaian purple, sedang mendengar penerangan yang diberikan.




Barisan anggota yang datang bersama..terima kasih banyak-banyak kepada mereka kerana sudi menjayakan Majlis tersebut... Mudah-mudahan Allah sahaja yang bisa membalas segala bakti mereka.






Penerangan dan sedikit tazkirah disampaikan..




Borang Pengislaman yang telah siap kami sediakan dan cuma ucapan 2 kalimah syahadah serta cop jari lagi..













Melengkapkan dokumen pengislaman.

Majlis Pengislaman di Kg Karagasan Ranau yang memakan masa perjalanan selama 4 jam dari pekan Ranau.




Rabu, 30 Mac 2011

Program Tahsin Solat Di Pusat Latihan Islam Kundasang

Pusat Latihan Islam Kundasang: 25 Mac 2011 hingga 27 Mac 2011. Program Tahsin Solat yang diadakan yang terdiri daripada 4 buah daerah di seluruh Sabah telah berjaya dilaksanakan. Daerah yang terlibat adalah Daerah Ranau, Daerah Tenom, Daerah Nabawan dan Daerah Kuala Penyu. Pesertanya terdiri daripada golongan belia dan dewasa kira-kira seramai 40 orang. Ketika program berjalan, suasana di Pusat Latihan Islam Kundasang agak sejuk kerana sering hujan turun dengan berkabus tebal. Adik-adik kita ada yang terlupa membawa
jaket dan itu merupakan cabaran bagi mereka. Walau bagaimanapun adik-adik kita tetap berkomitmen tinggi dalam menjayakan program tersebut. Bagi kami sebagai abang fasilitator, masih ada adik-adik kita yang lemah dalam bab solat, ini kerana ramai golongan muallaf yang menjadi peserta program
tersebut. Program yang dijalankan ringkas tetapi InsyAllah membawa banyak faedah. Aktiviti yang dijalankan yang telah diselaraskan oleh pihak Pusat Latihan Islam Kundasang yang ditadbir oleh Us Mohd Fadhli Mohd Yusof adalah ceramah yang berkaitan dengan solat, BDK (bergerak dalam kumpulan) sebanyak 4 kali, kuliah maghrib, malam penghayatan (Iktibar Kehidupan) dan sukan juga tidak lupa dilaksanakan.
 Mudah-mudahan perkara kebaikan menyebelahi golongan belia kita dalam memilih jalan kehidupan. Usaha sedemikin merupakan pembudayaan ilmu khususnya dalam pelaksanaan solat.


 Abang Zul menunjukkan cara sujud sebenar yang mana sujud tersebut memberatkan kepala dan memberikan kesan yang sangat baik dalam kesihatan dan mentel.



Abang Baihaqi memberikan penerangan dalam slot Iktibar kehidupan. Tontonan video yang menghiasi alunan-alunan ayat al quran dan penghayatan jiwa.




Khusyuk mendengar semasa slot Iktibar Kehidupan.








Adik-adik yang tahan kesejukan..
Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Pusat Latihan Islam Kundasang, terima kasih kepada para peserta khususnya peserta dari Daerah Ranau yang dikendalikan oleh Mohd Soleh Saily, terima kasih kepada abang-abang fasilitator kita, Awang Malik, Baihaqi, Zulkifli Naruddin dan semua pihak yang terlibat. Sekian Wassalam.



Selasa, 15 Mac 2011

Cabaran Dan Masalah Yang Dihadapi Dalam Aktiviti Dakwah Di Daerah Ranau.


1. Ekonomi
1.       Masalah utama kebanyakan masyarakat di daerah adalah masalah kekuatan ekonomi isi rumahtangga. Kebanyakan pengakuan penduduk-penduduk yang ditemubualkan mengaku bahawa mereka adalah miskin tegar dan mereka tidak dapat melakukan sebarang aktiviti seperti aktiviti keagamaan atas dasar kekurangan kewangan.
2.       Saudara baru yang berpisah dengan keluarga setelah memeluk agama islam juga tidak ada tempat tinggal. Ramai saudara baru yang memeluk agama islam telah mendapat tentangan keluarganya sehingga diusir dari rumah keluarganya. Pihak Jabatan Agama juga kurang dapat menyediakan tempat tinggal kepada golongan tersebut.
3.       Jabatan agama menghadapi kekurangan dana dalam melaksanakan program keagamaan sehingga menyebabkan banyak program besar gagal dilaksanakan. Walau bagaimanapun pihak kami mengambil inisiatif dalam perkara tersebut dengan kaedah memperbanyakkan ziarah-ziarah kepada masyarakat seperti Ziarah Qariah, Ziarah Mahabbah dan Ziarah Saudara Kita. Program ini tidak memerlukan kos yang banyak dan Cuma memerlukan kos peribadi setelah semua ahli yang mengikuti program tersebut bersetuju mengumpulkan dana dari poket masing-masing.
4.       Cabaran seterusnya yang kami hadapi adalah tuntutan bantuan zakat dan bantuan bulanan daripada penduduk-penduduk. Perkara tersebut menjadi serius kerana pusat zakat mempunyai kota yang terhad untuk daerah-daerah di seluruh Sabah, sedangkan pemohon-pemohon bantuan kewangan tersebut terlalu ramai dan masalahnya ramai penduduk menyatakan ketidakpuasaan hati kepada jabatan agama kerana gagal mendapat bantuan tersebut.
5.       Cabaran Jabatan Agama untuk daerah Ranau juga adalah dari segi kekurangan kemudahan untuk kegunaan dalam aktiviti dakwah islamiah seperti kenderaan, projector, dan sebagainya.
2. Sosial.
1.       Gaya masyarakat yang berbeza dikalangan semua lapisan masyarakat. Golongan kanak-kanak kebiasaannya yang akan datang ke program-program keagamaan, golongan remaja dan belia sangat kurang melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan dan yang merisaukan lagi ramai golongan ini yang terlibat dengan gejala sosial seperti kes arak, khlawat, zina dan perkara-perkara yang tidak baik yang lain. Manakala golongan ibu bapa pula, golongan wanita sahaja yang lebih dan ramai melibatkan diri. Golongan bapa sangat-sangat kurang melibatkan diri misalnya dalam kelas-kelas bimbingan yang ditubuhkan, kelas terdiri daripada 4 buah kelas dan mempunyai 100 lebih orang pelajar, Cuma 4 orang sahaja pelajar bapa (di satu tempat kelas penggerak), contoh lain lagi di satu tempat (tidak dinyatakan kampungnya) langsung tidak mempunyai pelajar lelaki. Adapun beberapa tempat didaerah Ranau ini golongan bapa aktif melibatkan diri, terima kasih kepada mereka.
2.       Cabaran yang besar dihadapi oleh Jabatan Agama juga adalah gerakan kristianisasi diseluruh pelusuk daerah Ranau. Sedia maklum bahawa etnik terbesar di daerah ini adalah berbangsa dusun dan mengikut jumlah penganut agama terbesar bagi daerah ini adalah penganut agama kristian (30,613 orang menurut data bancian tahun 2000). Banyak kawasan di daerah merupakan tempat kuat gerakan tersebut misalnya Kg Bundu Tuhan, Kg Kibbas, Kg Muruk, Kg Perancangan, Kg Bongkud dan banyak lagi kawasan yang minoriti adalah beragama Islam.
3.       Cabaran kepada Jabatan Agama daerah Ranau yang seterusnya adalah masyarakat yang masih lagi berjinak-jinak dengan agama Islam, boleh dikatakan 85% masih jahil agama. Ramai masyarakat yang belajar agama Islam tetapi ramai yang tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar.
4.       Masalah yang dihadapi juga adalah tenaga pengajar atau pendakwah di setiap kampong sangat kurang dan menyebabkan melambatkan gerakan penyampaian ilmu agama Islam kepada masyarakat.

3.Budaya.
1.       Penduduk di daerah Ranau mempunyai seribu macam adat dan budaya yang masih lagi diamalkan daripada datuk nenek moyang. Amalan minum tapai masih lagi berleluasa dan begitu juga dengan minuman keras. Adat-adat yang tidak disokong oleh agama Islam juga masih ada dan sangat sukar dibendungkan. Amalan ini menyukarkan penerapan nilai –nilai ajaran Islam masuk ke dalam jiwa masyarakat tertentu.
2.       Budaya orang dusun yang terkenal dengan kelembutannya juga mempengaruhi penerapan nilai-nilai murni dalam jiwa mereka. Andainya nilai-nilai songsang yang mendahului masuk kepada mereka maka sangat sukar untuk memasukkan semula nilai-nilai Islam. Ini kerana mereka mudah dipengaruhi dan mudah percaya dengan apa yang ada dihadapan mereka.

4. Politik.
1.       Politik di daerah Ranau memainkan peranan penting dalam perubahan budaya kepada masyarakat. Contohnya, selepas pemerintahan British yang banyak meninggalkan kesan kepada masyarakat (fahaman kristianisasi) maka bertukar pemerintahan pada zaman USIA/USNO yang mencatatkan sejarah pengislaman secara mendadak sehinggakan negeri Sabah secara rasminya menjadi agama rasmi Islam. Tetapi setelah pemerintahan PBS, banyak kes murtad telah berlaku dan kini adalah zaman pemerintahan Barisan Nasional(UMNO), mudah-mudahan hasilnya adalah yang baik kepada agama Islam.
2.       Cabaran bagi kita juga adalah pemimpin wakil rakyat di daerah Ranau bukan beragama Islam, keadaan ini membawa kesan yang sangat halus kepada masyarakat kerana mereka boleh berda’yah kepada masyarakat atas pengaruh sebagai wakil rakyat.

Setakat ini sahaja buat masa ini, masalah-masalah lain tidak dapat dinyatakan atas sebab mempunyai isu-isu sensitive kepada beberapa pihak yang terlibat. Sekian..

Ahad, 13 Mac 2011

Aktiviti Dakwah Yang Berjaya Dilaksanakan Bagi Tahun 2010

 Bil
Bulan
Nama Program
Tarikh
Tempat
Sasaran
Anjuran 
1
JAN
Ziarah Muhibbah
13/01/2010
Kg.Pasir Putih
Penduduk Islam setempat
JHEAINS Ranau dan JAKIM
2
Maal Hijrah Peringkat Daerah Ranau
17/01/2010
Pekan Kundasang
Masyarakat Daerah Ranau
JHEAINS Ranau, Badan Dakwah Daerah Ranau dan JAKIM.
3
Tahsin Ibadah
23/01/2010
Kg.Silou
Masyarakat Islam setempat
JHEAINS Ranau dan Ajk Surau Kg Silou
4
Kursus Pemantapan Sahsiah Daie
26/01/2010 – 28/01/2010
Pusat Latihan Islam Kundasang
-
JAKIM Sabah dan Pusat Latihan Islam Kundasang JAKIM.
5
FEB
Program Tilawah Al Quran dan Ziarah Qariah
14/02/2010
Kg. Merungin 1
Masyarakat Islam setempat
JHEAINS Ranau dan Ajk Surau
6
Ziarah Qariah
17/02/2010
Kg.Debut
Penduduk Islam setempat
JHEAINS Ranau
7
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat daerah Ranau
27/02/2010
Pekan Ranau
Masyarakat daerah Ranau
JHEAINS Ranau, Badan Dakwah Daerah Ranau dan JAKIM
8
APR
“Roadshow ke kampung-kampung”
08/04/2010
Kg.Kaingaran
Penduduk Islam (Muallaf)
JHEAINS Ranau
9
“Roadshow ke kampung-kampung”
12/04/2010
Kg.Melinsou, Kg.Lobou Baru, Kg.Linapasan dan Kg.Timbua
Masyarakat Islam setempat
JHEAINS Ranau
10
Kursus Pengurusan Dakwah
13/04/2010 – 15/04/2010
Pusat Latihan Islam Kundasang
-
Pusat Latihan Islam Kundasang JAKIM

11
“Roadshow ke kampung-kampung”
20/04/2010
Kg.Matupang dan Kg.Tompios
Penduduk Islam setempat
JHEAINS Ranau
12
“Roadshow ke kampung-kampung”
21/04/2010
Kg.Kinarasan
Masyarakat Islam setempat
JHEAINS Ranau
13
“Roadshow ke kampung-kampung”
22/04/2010
Kg.Kinapulidan
Masyarakat Islam setempat
JHEAINS Ranau
14
“Roadshow ke kampung-kampung”
23/04/2010
Kg.Pinasouk, Kg Semuruh dan Kg Kinandusan
Penduduk Islam setempat
JHEAINS Ranau
15
“Roadshow ke kampung-kampung”
26/04/2010
Kg.Mangkapoh
Masyarakat Islam setempat
JHEAINS Ranau
16
“Roadshow ke kampung-kampung”
27/04/2010
Kg.Langsat dan Kg Debut
Masyarakat Islam setempat
JHEAINS Ranau
17
“Roadshow ke kampung-kampung”
28/04/2010
Kg Lohan dan Kg Tinituan
Masyarakat Islam setempat
JHEAINS Ranau
18
MEI
Intensif Saudara Kita
07/05/2010 – 09/05/2010
Pusat Latihan Islam Kundasang
Muallaf daerah Tenom, Tambunan, dan Ranau
JAKIM dan JHEAINS
19
Khidmat Masyarakat
17/05/2010
Surau Kg.Bundu Tuhan
Masyarakat penduduk sekitar
JHEAINS Ranau
20
Jelajah Konvoi Bermotor
25/05/2010 – 26/05/2010
Mukim Lohan – Masjid Pekan Ranau, Kg Napong 2, Kg Debut, Kg Langsat, Kg Singgaron dan Kg Lohan 1


Masyarakat daerah Ranau
JAKIM Sabah dan JHEAINS Ranau
21
Kursus Asas Saudara Kita
29/05/2010 – 30/05/2010
Kg.Togop Darat
Penduduk Kg Togop Darat, Kg Piniwantai dan Kg Daramakon
JHEAINS Ranau
22
JUN
Kursus Kem Jati diri Belia
15/06/2010 – 18/06/2010
Kg Luanti Ranau
Remaja-remaja Islam sekitar daerah Ranau
JHEAINS Ranau
23
Ziarah Saudara Kita
21/06/2010
Kg. Lobou Timbua
Masyarakat Islam (Muallaf)
JHEAINS Ranau
24
JULAI
Program Pemantapan Akidah
02/07/2010 – 03/07/2010
Kg Kesisingon
Penduduk Mukim Randagong
JHEAINS Ranau
25
Ziarah Qariah
07/07/2010
Kg Lobou Timbua
Masyarakat Islam (Muallaf)
JHEAINS Ranau
26
Ziarah Saudara Kita
08/07/2010
Kg Kibbas
Keluarga Muallaf Kg Kibbas
JHEAINS Ranau
27
Ziarah Saudara Kita Sempena Lawatan PERKIM Sabah
13/07/2010 – 14/07/2010
Kg Lobou Timbua
Masyarakat Islam (Muallaf)
JHEAINS Ranau dan PERKIM Sabah.
28

Program Pengurusan Jenazah
17/07/2010 – 18/07/2010
Kg Tinatasan
Penduduk Mukim Terolobou
JHEAINS Ranau
29
Ziarah Muhibbah
21/07/2010
Kg Kinaratuaan
Keluarga Sasaran
JHEAINS Ranau
30
Ziarah Saudara Kita
26/07/2010
Kg Poropot
Keluarga Muallaf
JHEAINS Ranau
31
SEPT
Program Ihya Ramadhan
01/09/2010
Kg Debut Langsat
Masyarakat Kg Debut dan Kg Langsat
JHEAINS Ranau dan JAKIM Sabah
32
Program Ihya Ramadhan
02/09/2010
Kg Napong 2
Masyarakat Islam setempat
JHEAINS Ranau dan JAKIM Sabah
33
Program Ihya Ramadhan
07/09/2010
Kg Muhibbah Kundasang
Penduduk Kg Muhibbah Kundasang

JHEAINS Ranau dan JAKIM Sabah.
34
OKT
Kursus Pendakwah Etnik Sabah
26/10/2010 – 28/10/2010
Pusat Latihan Islam Kundasang
-
Pusat Latihan Islam Kundasang JAKIM
35
NOV
Program Mesra Desa Perkampungan Saudara baru
19/11/2010 – 21/11/2010
Kg. Murni C, Nabawan
Penduduk Saudara Baru
JAKIM
36
DIS.
Ijtimak Penggerak Masyarakat Sabah dan Sarawak Tahun 2010
03/12/2010 – 05/12/2010
Beringgis Beach Resort & SPA Papar
-
JAKIM Cawangan Sabah
37
Program Keindahan Islam
19/12/2010
Kg. Pahu
Masyarakat Islam Kg. Pahu
Pusat Latihan Islam Kundasang JAKIM