Isnin, 21 November 2011

Program Tahsin Solat Di Kg Lobou Timbua Ranau


KG.LOBOU TIMBUA: 14 November 2011 bersamaan hari Isnin, Program Tahsin Solat diadakan di sebuah kampung Saudara Baru iaitu di Kg Lobou Timbua yang memakan masa perjalanan dari pekan Ranau kira-kira selama 2 jam dengan jarak 37 Km jalan tidak bertar.  Program ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sabah Daerah Ranau (JHEAINS). Jumlah penduduk kampung ini seramai 375 orang dan yang beragama Islam seramai 120 orang.
Kampung tersebut merupakan sebuah perkampungan orang-orang berbangsa Dusun dan penduduk Islam kawasan tersebut pernah membuat cubaan untuk keluar Islam dengan alasan surau yang mereka memohon untuk dibina tidak diluluskan. Menurut orang kampung, mereka banyak kali memohon pembinaan surau tetapi tidak dapat, menurut mereka lagi, semasa beragama kristian dahulu, mereka memohon gereja dan dengan mudahnya mereka dapat hingga 2 buah gereja dibina di kawasan tersebut iaitu gereja SIB dan RC. Pada tahun 2010 pihak yang bertanggungjawab (tidak disebutkan agensinya) telah mengambil inisiatif untuk menjadikan kampung tersebut sebagai kampong angkat dan kampung tersebut dilimpahkan rahmat dengan mendapt rezeki sebanyak 400 ribu ringgit untuk pembinaan surau, rumah ustaz dan balai raya.
Sebelum pihak lain masuk menyelidik kawasan tersebut kami sudah datang menyelidik dan hasil penyelidikan kami adalah sebenarnya dulu memang ada surau di kawasan tersebut tetapi di robohkan dengan alasan tidak digunakan lagi, masyarakat disitu juga amat dhaif dan masih kurang kefahaman agama Islam. Akhirnya beberapa pihak (JHEAINS,JAKIM dan PERKIM) bergabung tenaga untuk mengambil langkah bijak dan syukur Alhmdulillah terbentang sebuah syiar di kawasan tersebut dengan tersergam indah sebuah surau.
Pada 14 November 2011 merupakan kali ke 6 kami datang kawasan tersebut untuk melancarkan program ringkas iaitu Tahsin Solat dan menurut penelitian kami penduduk seramai 99% masih tidak pandai mengambil wuduk dan solat.Alhmdulillah dengan bantuan Imam-Imam Qariah dan Imam Rawatib seramai 16 orang memberikan amali secara menyeluruh dengan penduduk kampung disitu. Misi kami belum tamat disitu sahaja dan akan datang kami sekali lagi akan datang memberikan sesuatu yang lebih dan akan melihat perkembangan penduduk kampung disitu.
Mudah-mudahan usaha kita diredhai oleh Allah swt dan menambah keimanan kita. Ambillah pengajaran daripada peristiwa yang berlaku.. menjaga akidah itu adalah satu KEWAJIBAN, Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terdapat dalam hati kita.. Doa kaum Muslimin amat diperlukan untuk menambah kekuatan silaturrahim..Moga-moga kaum muslimin yang berdoa ini akan mendapat rahmat dan diangkatkan darjat Oleh Allah SWT.. Amin ya Robbal Alamin... Wassalam..

Imam Hainin Abdullah memberikan sedikit Tazkirah Berkaitan SOLAT


Gaya Pratikal Imam Hainin semasa memberikan Tazkirah

Ketua Kampung amat tertarik segala mendengar Tazkirah


Sedang menyediakan makanan untuk semua

Makcik-makcik yang setia mendengar





Mengisi perut sebelum meneruskan Pratikal Solat

Imam-imam yang memberikan tunjuk ajar kepada penduduk kampung

Pratikal Solat



Pakcik ini berusaha menghafal Surah Al Fatiha

Gelagat semasa Pratikal

Pakcik Baru Belajar Cara Nak Solat

Gelagat Pratikal Solat

Berusaha memberikan yang terbaik

Pratikal solat hingga habis oleh Imam Lubin


"Sembahyanglah kamu Sebelum Kamu DiSembahyangkan" Jika Roh dah berpisah dengan Jasad maka segala amalan kita di dunia akan terputus..Maka bekalan apakah lagi yang hendak kita sumbangkan?

Galeri semasa datang pertama kali bersama JHEAINS Ranau dengan JAKIM Cawangan Sabah .
Bersama Orang Kuat Penduduk Islam Kg Lobou Timbua En Sutail Kasan
Inilah bentuk rumah di kawasan Kg Lobou Timbua
Bertemu orang kampung
Sesi temuramah dengan En Sutail
Gereja pertama yang diminta oleh En Sutail sebelum Islam
Gereja kedua yang diminta oleh En Sutail
Kawasan Tapak cadangan untuk pembinaan surau sekiranya diluluskan
  Syukur Alhmdulillah kerana akhirnya perintis jalan pertama yang dilakukan oleh 2 jabatan agama ini membawa hasil positif, yang berusaha ketika itu adalah Us Mohd Nordin Azmain (JHEAINS Ranau) dan Ustazah Dahlia (JAKIM Kota Kinabalu) bersama rombongan. Kini surau tersergam indah hasil sumbangan PERKIM bolehlah sesiapa yang berminat mengadakan program kampung tersebut dialu-alukan.  Wallahualam..

Program Hari Raya Aidil Adha Di Kg Dilik Lohan Ulu Ranau.

KG.DILIK LOHAN ULU RANAU: 07 November 2011, program Hari Raya Korban yang dianjurkan JAKIM Cawangan Sabah yang diketuai oleh Pengarah JAKIM Cawangan Sabah iaitu Tuan Haji Ahmad Zaki Haji Arshad bersama Unit Dakwah ibupejabat telah disertai Ustaz Nasrun Abdullah, pengetua Pusat Latihan Islam Kundasang dengan kakitangannya dan rombongan Muslim Care, NGO Islam di Selangor yang diketuai Ustaz Abdul Razak Mohammad. Turut serta Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Ranau, Ustaz Haji Abdul Rauf Abas dengan Kakitangannya dan Penggerak Dakwah.

Program Ibadah korban ini merupakan program yang pertama sekali dianjurkan di kampung tersebut memandangkan belum pernah dilaksanakan sebelum ini. Kebanyakan penduduk kampung yang hadir dalam majlis tersebut dikalangan belia-belia yang mula berjinak-jinak dengan surau. Penduduk mula datang ke surau kira-kira pada jam 7.00 pagi. Setelah rombongan JAKIM dan Muslim Care sampai, aktiviti korban mula dijalankan kira-kira jam 9.30 pagi. Lembu yang dikorbankan sebanyak 2 ekor. Seekor disumbangkan oleh JAKIM dan seekor daripada Muslim Care yang akan diagihkan sumbangan daging tersebut ke kg Tinutuan.

Suasana Hari Raya korban dimeriahkan lagi dengan aktiviti gotong-royong memotong daging serta memasak sup daging resepi kg Dilik Lohan Ulu dan perubatan secara Islam yang dikendalikan oleh Ustaz Hadi Tolha dari Muslim Care. Pengerusi Surau Kg Dilik , Saud Alfian Mojungkit mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan dan program yang dianjurkan serta kehadiran daripada rombongan JAKIM serta Muslim Care. Selepas Solat Zohor, majlis ucapan dimulakan oleh Pengerusi Surau, Muslim Care dan ucapan serta tazkirah Pengarah JAKIM. Pengerusi Surau menyatakan rasa syukur dan rahmat yang menimpa kampung tersebut diatas keprihatinan pihak JAKIM dalam menentukan tempat sumbangan daging korban pada tahun itu. Beliau juga mengatakan bahawa program tersebut merupakan perintis jalan untuk menggalakkan masyarakat kampung tersebut untuk bergiat aktif dalam program di surau kerana selama ini jiran-jiran surau tidak pernah datang mengimarahkan surau tersebut. Beliau juga menganggap bahawa program ini berjaya dilaksanakan dengan jaya dan meriahnya.

Pengarah JAKIM cawangan Sabah membalas ucapan pengerusi surau berkaitan dengan program untuk penduduk kampung tersebut tidak akan berakhir disitu sahaja tetapi pihak Pusat Latihan Islam Kundasang akan menjadikan kampung tersebut sebagai peserta dalam kursus yang ditawarkan di Pusat Latihan Islam Kundasang. Seterusnya pengarah JAKIM memberikan tazkirah berkaitan dengan sejarah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dan motivasi untuk penduduk kampung. Menurut temubual dengan penduduk kampung yang mendengar ucapan serta tazkirah Pengarah JAKIM mengatakan bahawa mereka sangat terkesan dengan penyampaian tersebut, yang menariknya makcik-makcik yang mendengar tazkirah tersebut ternganga mulut mereka sambil tersenyum tanda khyusuk mendengar.

Kira-kira jam 1.00 petang, sumbangan daging korban disampaikan oleh Pengarah JAKIM kepada penerima-penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, miskin dan saudara baru. Pada jam 1.15 petang semua rombongan serta orang ramai menjamu selera yang dimasak oleh penduduk kampung dan orang ramai berebut-rebut mengambil makanan iaitu sup daging kg Lohan Dilik yang disediakan rempahnya En.Attin Naisin dan suasananya agak meriah. Seterusnya rombongan JAKIM dan Muslim Care mula bertolak ke Kg. Tinutuan untuk pengagihan daging korban yang memakan masa perjalanan selama kira-kira sejam iaitu 35 km dari Pekan Ranau.

Pengarah JAKIM, Pengetua PLIK dan Muslim Care bersama Pengerusi Surau
Lembu Korban Sumbangan JAKIM Cawangan Sabah
Lembu Korban Sumbangan Muslim Care
Aktiviti Gotong-royong memotong daging korban
Makcik-makcik yang sedang menyediakan rempah untuk Sup Daging
Aktiviti memotong dan membahagikan sumbangan daging Korban
Aktiviti Memasak
Majlis Penangguhan
Ucapan serta Tazkirah Pengarah JAKIM Cawangan Sabah
Majlis Penyampaian Sumbangan Daging Korban Kepada Penerima yang layak
Suasana ketika menjamu selera Sup Daging Kg. Dilik Lohan Ulu
Ucapan alu-aluan Wakil Muslim Care (Hj Abd Razak Mohammad) semasa di Kg Tinutuan
Persembahan Nasyid adik-adik di Kg Tinutuan
Penyampaian Sumbangan Daging Korban kepada Saudara Baru di Kg Tinutuan
Suasana Semasa Di Kg Tinutuan.. Wassalam

 Video terkait Program Sempena Hari Raya Aidil Adha.. Terima Kasih kepada JAKIM Cawangan Sabah, Muslim Care, JHEAINS Ranau dan pihak yang terlibat.. Banyak pengalaman bersama-sama dalam program tersebut.. Program bermula sejak 07 Nov 2011 hingga 09 Nov 2011 khususnya bersama-sama Muslim Care. Wallahualam..