Selasa, 3 Mei 2011

Majlis Pengislaman di Kg Karagasan

Kg Karagasan bertempat di Surau - 20 April 2011 (Rabu).. Kami bertolak dari pekan Ranau kira-kira jam 7.30 pagi dan sampai jam 11.30 pagi.. perjalanan km kira2 86km dengan jalan tak bertar dan ada kawasan jalan tanah runtuh..ketika ini jalan tak berapa bagus. Anggota yang turun padang mengikuti perjalanan ini seramai 8 orang.. Us Masnin Abdullah, Imam Jasrin Yahya, Imam Adi Zakry Helmi Azizd, Abqari hj Jumil, Imam Mohd Soleh Saily, Imam Abd Hamid, seorang rakan saudara baru iaitu mohd Ikhwan dan Saya sendiri.. Setiba kami distu, kami disambut dengan baik oleh orang kampung. Ini kali kedua kami bertapak disitu dan banyak isu dan cerita dikampung tersebut. Menurut temubual dan pemerhatian kami, memang agak kuat gerakan pihak sebelah. Antaranya, kelemahan pemimpin agama kita itu sendiri.
Menurut orang kampung, Imam yang menjaga kawasan tersebut sangat-sangat jarang datang pergi melawat mereka, kalau ada urusan jenazah perlu memanggil imam tersebut 5 hngga 6 kali baru datang, akhirnya penduduk kampung tersebut tidak lagi memanggil imam tersebut tetapi memanggil ustaz lain yang mengajar di sekolah kg Gusi. Pergi ke kg Gusi memakan masa slama 2 jam dengan menaiki perahu sedangkan bagi golongan bukan islam sangat cantik pengurusan jenazahnya. Selain itu, golongan sebelah sangat kuat gerakannya, antaranya pada tiap-tiap malam pelayan-pelayan akan menziarah dari rumah kerumah termasuklah rumah orang-orang Islam. Mereka akan melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti menyanyi, memberi ceramah dan hadiah. Manakala golongan Islam yang dikatakan kukuh Imannya maka mereka akan datang dan berdebat. Semua ni adalah kelemahan kami kerana kurang berkemampuan. Khabar dari orang
kampung, kedatangan ziarah pertama kami disitu telah mengemparkan penduduk kampung bukan Islam. Kesannya mereka mengupah orang luar untuk membimbing mereka dalam ajaran mereka dan bukan dilaksanakan digereja tetapi di resthouse.. Walau bagaimanapun, ada pun orang yang pernah memeluk Islam boleh mengaku sebagai bukan Islam. Golongan mereka ini menguruskan sijil kelahiran anak mereka dengan status Islam tetapi bila sudah selesai mendapatkan sijil tersebut maka boleh sahaja mereka berkata yang mereka itu bukan Islam. Ini juga kelemahan kita kerana gagal membimbing mereka dari dulu. Tetapi kami sebagai golongan belia dan muda, sasaran utama kami adalah golongan muda dan belia. Dikalangan mereka inilah yang banyak menyumbangkan statistik Pengislaman. Ini kerana golongan pakcik2 sudah kuat amalan lama mereka dan sangat sukar untuk dibendung. Akhirnya, kita bisa melihat golongan muda mudi ini mengucapkan syahadah. Adik kita Jolaini Jolami dengan nama Islamnya Nur Jannah Abdullah.
Sebenarnya ramai dari kg tersebut telah memeluk Islam.. tetapi kali ini kami menawarkan diri untuk datang menganjurkan majlis Pengislaman di kampung tersebut. InsyAllah bulan Mei ini kami akan datang kali ke 3 dan menganjurkan program Saudara Kita. Kami akan berkampung disitu selama seminggu. Doakan agar program kami berjaya dilaksanakan dan memberikan kesan yang sangat dalam.. Wallahualam..

Galeri



Surau Kg Karagasan. Terletak di sebelah kiri tepi jalan..






Adik kita Jolaini Jolami yang berpakaian purple, sedang mendengar penerangan yang diberikan.




Barisan anggota yang datang bersama..terima kasih banyak-banyak kepada mereka kerana sudi menjayakan Majlis tersebut... Mudah-mudahan Allah sahaja yang bisa membalas segala bakti mereka.






Penerangan dan sedikit tazkirah disampaikan..




Borang Pengislaman yang telah siap kami sediakan dan cuma ucapan 2 kalimah syahadah serta cop jari lagi..













Melengkapkan dokumen pengislaman.

Majlis Pengislaman di Kg Karagasan Ranau yang memakan masa perjalanan selama 4 jam dari pekan Ranau.