Isnin, 6 Ogos 2012

Program Ziarah Mahabbah Kg Sedul Lama.




PROGRAM ZIARAH MAHABBAH DI KG SEDUL LAMA
Tempat : Kg Sedul Lama.
Tarikh : 16 Julai 2012.
Anjuran : JAKIM Cawangan Sabah kerjasama JHEAINS Ranau.

RANAU : Kg Sedul Lama, 16 Julai 2012 (Isnin). Program Ziarah Mahabbah anjuran JAKIM Cawangan Sabah kerjasama telah diadakan di Kg Sedul Lama di bawah Qariah Luanti yang ditadbir qariah oleh Imam Sapinin Jahasin. Profail kg Sedul Lama adalah 200 orang Jumlah penduduk keseluruhan, sebanyak 18 buah rumah dan terdapat 25 keluarga.

Tempat program tersebut diadakan di balai raya Kg Sedul kerana surau agak kecil dan uzur, rombongan yang hadir terdiri daripada Penggerak Dakwah, Imam Qariah. Imam Rawatib, Staf JHEAINS, ALMNI PLDK dan Mahsiswa UKM. (Mohd Sobi Hadipin, Imam Sapinin Jahasin, Imam Azri Abdullah, Imam Lubin Rajiman, Imam Jamirin Dikun, Mohd Zulhadi Saimin, Noormie Rutin, Marylisa Suahing. Laisah Geofrey, Azmiayani Sungging, Imam Firdaus Juhile,Imam Adi Zakry Azizd, Imam Jasrin Yahyah, Imam Haidi Md Badwi).

Program bermula dengan taklimat dan sesi taaruf dan seterusnya Halaqah Tohara secara berkumpulan yang dibahagikan 4 kumpulan untuk membincangkan bab-bab Tohara dan seterusnya ahli kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka, setiap satu kumpulan selesai membentangkan, Fasilitator akan memberikan ulasan dengan lebih jelas lagi.. selesai pembentangan semua kumpulan, majlis penangguhan terus dibuat yang dirasmikan oleh Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Ranau iaitu Us Haji Abdul Rauf Abas.

Us Haji Abdul Rauf mengatakan bahawa program tersebut merupakan langkah permulaan jabatan agama untuk memantapkan ukhuwah dan kefahaman Islam terhadap penduduk kampung Sedul. Seterusnya program susulan akan dilancarkan dari masa ke masa yang lebih berbentuk ukhuwah dan khidmat masyarakat yang akan memakan masa 3 hari pada akan datang.

Menurut penilaian kami, penduduk kampung tersebut masih banyak perkara yang perlu diberi pengkhususan terutamanya perkara-perkara asas dalam Islam. kampung tersebut juga masih agak ketinggalan dari segi pembangunan dan sekiranya NGO-NGO Islam lain yang teringin datang menziarahi kampung tersebut, sampaikanlah ilmu yang boleh mereka amalkan dan penduduk Kg Sedul sangat peramah dan berfikiran terbuka. Datanglah untuk memeriahkan program di Kg tersebut.. sampai disini sahaja untuk masa ini.. Wassalam.. 

Khamis, 26 Julai 2012

Program Bantuan Ummah Kg matupang




PROGRAM ZIARAH MAHABBAH & BANTUAN UMMAH DI KG MATUPANG.

Tempat : Kg Matupang.
Tarikh : 14 Julai 2012 (Sabtu)
Anjuran : HILAL Penerbangan Malaysia Kerjasama Penggerak Dakwah JAKIM & JHEAINS Ranau.

RANAU, Kg Matupang: Program Ziarah Mahabbah yang dilancarkan di Kg Matupang pada 14 Julai 2012 (sabtu) bermula dari pekan Ranau ke Kg Matupang yang memakan masa perjalanan selama 45 minit (40 km). Kami bertolak dari Masjid Ar Rahman Pekan Ranau kira-kira jam 7. 45 am dan sampai di Kg Matupang kira-kira jam 8 lebih. Alhmdulillah sesampai kami di Kg Matupang kami terus menuju ke tapak pembinaan rumah Pn. Nadra Abdullah (Muallaf) yang kematian suami dan mempunyai 2 orang anak. Beliau merupakan sasaran Bantuan Ummah kali ini..

Sesampai kami di tapak perumahannya kami disambut dengan meriah oleh penduduk kampung Islam yang tinggal berhampiran dengan puan Nadra. Imam Amin Abd Salam dan Imam Haidi Badwi merupakan orang tengah yang banyak membantu melancarkan program tersebut. Ketua rombongan HILAL Penerbangan Malaysia Haji Mahmud bersama Ust. Kamal Ashaari dan Mohammad Sharif telah melancarkan bantuan tersebut sebanyak 30 buah keluarga. Sebelum penyerahan bantuan tersebut, Ust Kamal Ashaari telah memberikan sedikit amanat serta tazkirah agar penduduk kampung di situ sentiasa bersatu dan menguatkan akidah sebagai Islam. Ust Kamal juga telah mengetuai bacaan doa dan semua penduduk kampung yang ada ketika itu mengaminkannya..

Seterusnya kami bertolak pergi menziarahi 3 orang sasaran dari rumah ke rumah dan sempat berramah mesra sasaran tersebut. Puan Normah Abdullah yang kurang berkemampuan dan dikatakan berumur 130 tahun yang masih cerdas mindanya, Puan Langaya Belintang (Muallaf) dan En Samuel Balintas (Muallaf).

Moga-moga program sedemikian dilancarkan lagi dari masa ke masa dan moga NGO- NGO Islam lain turut datang mengadakan lagi program sedemikian di daerah Ranau. Sekian wassalam untuk kali ini.. moga berjumpa lagi..

Isnin, 21 Mei 2012

Program Bantuan Ummah di Kg Tinutuan Ranau & Kg Waang Ranau.

Program Bantuan Ummah di Kg Tinutuan Ranau & Kg Waang Ranau.
Tarikh   : 14/05/2012 (Isnin)

                Pada 14/05/2012, program Bantuan Ummah diadakan di Kg Bongkud Ranau yang memakan masa perjalanan  selama sejam  dari pekan Ranau iaitu 35km. Menurut profail Kg Tinutuan terdapat 22 keluarga Islam (seramai 115 orang) daripada jumlah keseluruhan penduduk Kg Tinutuan iaitu seramai 250 orang. Kampung tersebut merupakan kawasan perkampungan Muallaf. Sasaran misi dakwah kali ini ialah membina sebuah rumah saudara kita iaitu Puan Lotihim Amit atau nama Islamnya Puan Latifah Abdullah yang memeluk islam pada bulan November 2011.
                Program Bantuan Ummah ini dilancarkan atas kerjasama 3 pihak iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah pimpinan Pusat Latihan Islam Kundasang (PLIK), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) daerah Ranau dan Persatuan Anak-Anak Kabin Muslim Hidayah (HILAL) Malaysia & Kumpulan Sukarelawan KLIA01, Penerbangan Malaysia.
                Sebelum hari program iaitu 13 Mei 2012 bersamaan hari ahad, Persatuan Anak-Anak Kabin Muslim Hidayah (HILAL) Malaysia & Kumpulan Sukarelawan KLIA01, Penerbangan Malaysia bersama JHEAINS Ranau dan Penggerak Dakwah JAKIM telah melancarkan satu bantuan ummah di Kg Waang sebagai satu ziarah mahabbah yang melibatkan 38 buah bantuan kepada setiap keluarga Islam di kampung tersebut.
                Pada hari program (14 Mei 2012), rombongan staf JHEAINS Ranau dan Penggerak Dakwah JAKIM bersama Persatuan Anak-Anak Kabin Muslim Hidayah (HILAL) Malaysia & Kumpulan Sukarelawan KLIA01, Penerbangan Malaysia berkumpul di masjid Ar – Rahman Pekan Ranau kira-kira jam 7 pagi dan mula bertolak ke kg Tinutuan jam 7.30 pagi. Rombongan mula bergotong royong mengangkat kayu dan membina rumah bersama- sama sekitar jam 9 pagi hinggalah jam 1 petang.
                Ketibaan Pengetua Pusat Latihan Islam Kundasang JAKIM Sabah pada jam 2 petang disambut oleh rombongan dan orang kampung dan kira-kira jam 2.30 petang, ketibaan Penolong Pengarah JAKIM Sabah Ustaz Mohd Shamsuri Bin Ghazali. Majlis diteruskan dengan Penyempurnaan Khidmat Bakti di tapak rumah yang dibina. Seterusnya majlis perasmian dijalankan di surau Kg Tinutuan yang dimulakan dengan majlis ucapan alu-aluan pengerusi surau Kg Tinutuan iaitu Mohd Sobri Abdullah, beliau melontarkan ucapan ribuan berbanyak-banyak terima kasih atas kehadiran serta penganjuran program tersebut di kampungnya dan memperkenalkan suasana kg. Tinutuan. Seterusnya ucapan alu-aluan kedua oleh wakil  Persatuan Anak-Anak Kabin Muslim Hidayah (HILAL) Malaysia & Kumpulan Sukarelawan KLIA01, Penerbangan Malaysia iaitu Tuan Haji Mahmud. Beliau amat bersyukur atas program yang berjaya dilaksanakan dan bantuan yang disumbangkan ini melalui persatuan tersebut termasuklah bantuan peruntukan pembinaan rumah.
                Seterusnya Ustaz Mohd Shamsuri Bin Ghazali, Penolong Pengarah JAKIM Sabah sebagai wakil Pengarah JAKIM Sabah memberikan ucapan alu-aluan serta amanat sebagai mengakhiri majlis penangguhan program tersebut. Beliau telah mengucapkan tanda syukur kepada Allah swt diatas pertemuan serta menyampaikan lafaz salam Pengarah JAKIM Sabah kepada semua yang hadir. Beliau menjelaskan kepada masyarakat Islam yang hadir betapa pentingnya persefahamanan dan hubungan silaturahim, beliau juga menjelaskan tentang program misi dakwah yang akan dilancarkan pada tahun ini iaitu sasaran kepada 200 buah kampung di seluruh Sabah. Program berakhir dengan penyampaian sumbangan kepada 42 keluarga Muallaf yang disampaikan oleh Tuan Haji Mahmud dan penyampaian cenderahati JAKIM Sabah kepada HILAL yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shamsuri Bin Ghazali kepada Tuan Haji Mahmud. Selepas minum petang, majlis bersurai dan mula bertolak balik.




Sabtu, 21 April 2012

Program Ziarah Mahabbah & Khidmat Masyarakat


PROGRAM : ZIARAH MAHABBAH & KHIDMAT MASYARAKAT
LOKASI      : KG.NAGAYA RANAU
TARIKH      : 27 DISEMBER 2011 - 29 DISEMBER 2011 (SIRI 1)
                    : 27 FEBRUARI 2012 - 29 FEBRUARI 2012 (SIRI 2)

Assalammualaikum wtb..
Syukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya kami diberikan kekuatan untuk melaksanakan program yang telah dirancang yang terdiri daripada staf JHEAINS Ranau dan Penggerak Dakwah. Perjalanan pertama kami adalah melaksanakan Ziarah Mahabbah iaitu pada 27/12/2012 hingga 29/12/2012. Dalam kampung tersebut cuma terdapat 10 buah rumah sahaja. Cuma terdapat 2 keluarga sahaja yang bukan Islam.. Keadaan kampung tersebut agak sejuk hingga menusuk ke tulang. Alhamdulillah kami berjaya menghabiskan masa dengan penuh gembira bersama-sama beberapa orang kampung. Kami menginap didalam balai raya sahaja kerana kampung tersebut tidak mempunyai surau. Salah satu aktiviti dalam ziarah kami ini adalah berbeku dan makan bersama-sama beberapa orang kampung. Kedatangan pertama kami memberikan kesan yang sangat penting terhadap orang kampung iaitu akan membina surau kerana orang kampung sudah lama mengidamkan terbinanya surau di situ.

Pada 27 Feb.2012 hingga 29 Feb.2012 merupakan perjalanan ke 2 dan membawa misi gotong royong mengambil kayu di hutan untuk keperluan pembinaan surau. Kesempatan ini diambil atas kepakaran Imam-Imam dan Ustaz-Ustaz di JHEAINS Ranau. Alhamdulillah kami berjaya mengumpulkan kayu untuk peralatan membina surau pada siri ke 3 nanti iaitu pada 23 April 2012 hingga 24 April 2012 nanti. Moga-moga usaha ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan doa muslimin dan muslimat amat diperlukan agar komitmen kumpulan kami sentiasa berkekalan. Doakanlah kami..Wassalam...











Ahad, 12 Februari 2012

Program Ziarah Mahabbah di Kg Matupang Bersama Pengetua Pusat Latihan Islam Kundasang (PLIK) JAKIM Sabah.

Lokasi : Masjid Kg Matupang Ranau.
Tarikh : 02 - 03 Februari 2012

Program Ziarah Mahabbah di Kg Matupang yang dianjurkan oleh JHEAINS Ranau kerjasama Pusat Latihan Islam Kundasang (PLIK) JAKIM Sabah yang dihadiri serta dirasmikan oleh Us Nasron Abdullah Pengetua Pusat Latihan Islam Kundasang. Semasa kami sampai ke masjid Kg Matupang, kanak-kanak serta ibu bapa menyambut kedatangan kami dengar alunan selawat Nabi SAW.. Kami tidak menyangka kanak-kanak disitu ramai yang datang iaitu kira-kira 80 orang. Menurut penduduk kampung, kanak-kanak di situ belajar fardhu ain yang cuma diajar oleh seorang guru sahaja tetapi guru tersebut bukanlah lantikan guru KAFA. Penduduk kampung memohon kepada pihak JAKIM agar memberikan peluang kepada guru tersebut untuk mendapat pelantikan sebagai guru KAFA memandangkan guru sukarela tersebut tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Selepas perasmian tersebut, kami bermalam di masjid dan  memberikan sedikit pengisian agama kepada penduduk kampung seperti tazkirah agama dan kami juga bersama-sama beberapa belia serta dewasa turut serta dalam aktiviti malam mereka iaitu memancing. Mudah-mudahan program seterusnya akan berjalan lancar di tempat-tempat lain.. Wassalam..

                          Program Ziarah Mahabbah Kg.Matupang Ranau




Program Jejak Permata Dakwah Ranau

Lokasi : Mukim Kundasang
Tarikh : 01 Februari 2012.
Anjuran: JHEAINS Ranau & Penggerak Dakwah JAKIM.

Program Menjejaki semula tokoh-tokoh lama yang banyak berjasa dalam memperkembangkan Islam di daerah Ranau. Kali ini kami memulakan langkah di Mukim Kundasang. Sasaran kami untuk siri pertama ini seramai 4 orang iaitu Hj Jalani Agas, Hj.Mansor Anang, Us Mohammad Yakub dan En.Japi Hj Sahajali. Perjalanan kami kali ini sangat unik kerana belum pernah kami merasakan suasana gembira seperti hari ini, seolah-olah suasana hari raya. Sepanjang pertemuan kami, ada perasaan gembira, perasaan duka, perasaan sayu, perasaan simpati dan sebagainya.. InsyAllah! kami akan meneruskan jelajah seterusnya di kawasan Pekan Ranau.. Terima kasih kepada mereka yang terlibat. Wassalam..

 Program Jejak Permata Dakwah