Ahad, 18 Disember 2011

Program Pemantapan Akidah di Kg Lungkidau Ranau




KG. LUNGKIDAU RANAU : Pada 13 Disember 2011 hingga 15 Disember 2011 (Selasa –Khamis), Program Pemantapan Akidah telah diadakan di sebuah kampung Saudara Kita (Muallaf) yang dinamakan sebagai Kg Lungkidau. Jarak dari pekan Ranau ke kampung tersebut ialah 43km untuk sampai ke tempat parking kereta. Kami berkumpul di Masjid Pekan Ranau kira-kira pada jam 1 petang dan mula bertolak kira-kira jam 2 petang. Perjalanan tersebut memakan hampir sejam hingga sampai ke tempat parking kereta dan selepas tu kena melalui jambatan gantung yang agak panjang, disebabkan banyak barang-barang makanan serta peralatan untuk program, yang lain jalan melalui jambatan dan kemudiannya perjalanan kaki ke kampung tersebut memakan masa lebih kurang setengah jam manakala kami sebanyak 3 buah kereta kena melalui jalan darat untuk sampai kenderaan ke kampung tersebut yang mengambil masa dari parking kereta tu selama hampir 2 jam dengan melalui jalan balak dan kelapa sawit. Anggota yang turut hadir dalam program kali ini seramai 15 0rang yang terdiri daripada Bahagian Dakwah JHEAINS Ranau, Penggerak Dakwah, Imam Qariah, Imam Rawatib dan 2 orang belia sukarela.
                Semasa perjalanan kami mengikut jalan darat itu melalui kg Tompios iaitu memasuki kg Toporoh (53Km), banyaki sangat halangan kami, halangan pertama ialah lori balak yang dipenuhi kayu balak telah tersangkut di perjalanan awal kami dan menutupi jalan tersebut dan kami terpaksa melalui jalan yang agak sempit dan dibawahnya adalah sungai kecil. Kemudian perjalanan kami tersekat sekali lagi apabila hujan turun dengan lebat dan kereta kami tersangkut tidak dapat menaiki salah satu bukit kerana tanahnya yang liat dan berlumpur walaupun kenderaan kami 4x4. Kebetulan kereta pertama dapat menaiki bukit tersebut dan kereta pertama terpaksa menarik kereta kami. Kami mula bertolak dari tempat parking kereta kira-kira pukul 5.33 petang dan kami sampai ke kampung Lungkidau kira-kira jam 9 malam. Kami tersangkut kira-kira selama hampir 2 jam.
                Apabila Berjaya melalui jalan tersebut kami terpaksa menuruni bukit dengan keadaan tanahnya yang agak licin dan kereta apabila ditekan brek akan berjalan sendiri (tergelincir) dan ditepi jalan agak curam. Kami terpaksa melalui 3 buah anak sungai yang agak deras air apabila hujan. Alhmdulillah kami selamat sampai ke kampung Lungkidau kira-kira jam 9 malam dan salah satu kereta kami pecah breknya. Sesampai kami di surau Kg Lungkidau, kawan-kawan lain sedang menyambut kami dengan senyuman dan begitu juga penduduk Islam di situ yang ketika itu mereka sedang Latihan Dalam Kumpulan tentang Solat. Hanya mendapat rehat seketika sahaja, datang seorang yang tidak dikenali ke tempat program kami dalam keadaan mabuk dan menganggu suasana dalam surau tersebut, orang tersebut bukan orang tempatan tetapi merupakan pekerja astet kelapa sawit dan bukan warganegara. Menurut orang kampong, orang tersebut keluar ke surau apabila penduduk kampong meminta dia beredar balik ke rumahnya, tetapi pemuda tersebut cuba pergi mencari parang dengan mengatakan akan menyerang semua yang ada di dalam surau. Alhamdulillah penduduk bukan Islam memahaminya dan menyekat orang tersebut dan suasananya kembali aman.
                Begitulah pengalaman kami kali ini dalam menyampaikan seruan kepada penduduk kampong tersebut yang serba kekurangan dari segi pemahaman agama Islam, tandas surau, tangki air dan bekalan air surau juga tidak ada,cuma yang ada hanya anak air sungai disebelah surau. Sepanjang kami berprogram disitu, ada juga penduduk bukan Islam yang datang memeriahkan bersama program kami. Mudah-mudahan penduduk kampung di situ mendapat hidayah dan sentiasa dikekalkan imannya. Moga-moga kedatangan kami memberikan sedikit ilmu kepada penduduk Kg Lungkidau. Wallahualam..




Lori balak yang tersangkut tak dapat menaiki bukit dan menghalang perjalanan kami ke Kg Lungkidau. 







Bentuk jalan yang kami kena lalui termasuklah anak sungai yang agak deras.







Terpaksa memakai rantai kerana tersangkut tak dapat menaiki jalan yang agak berlumpur.








       Terpaksa menarik kereta dan kami cuba meratakan jalan yang agak dalam lumpurnya.







Suasana hari pertama kami di Surau Kg Lungkidau.


















Suasana pada waktu Subuh selepas solat Subuh. Seorang makcik datang berjemaah dengan kami.







Sementara menunggu sarapan pagi.








Imam Sapinin dan belia sukarela kita sedang menyediakan sarapan pagi.







Kereta Jabatan yang dipenuhi lumpur.







Suasana di luar kawasan surau yang agak berlumpur.









Jenis rumah yang terdapat di Kg Lungkidau.






Imam Jamirin membina tempat jemuran.









Tangga surau yang dibina daripada batang pokok..






Ceramah 1 yang disampaikan oleh Us Nordin Azmain Abd. Salam.








Mendengar ceramah yang disampaikan oleh Us Nordin.







Anak-anak kecil di Kg Lungkidau yang beragama Islam dan juga bukan beragama Islam turut bersama-sama memeriahkan program di Surau.





Pratikal Solat secara berkumpulan.







Pratikal cara mengambil wuduk.







Makcik sedang berusaha menghafal tertib cara mengambil wuduk.







  Ayam kampung untuk pratikal cara sembelihan menurut syarak.









Suasana selepas solat Maghrib dan pengisiannya adalah membaca Yassin.





Suasana dalam slot sesi dialog (Soal jawab).






 Soalan yang ditanya oleh penduduk kampung.










Majlis Jamuan Terakhir sebelum bertolak balik.
























Dah nak balik ni.. 




















Melalui jalan darat semasa nak balik..













Bentuk jalan berlumpur

Moga-moga bertemu lagi di lain program dan seterusnya program akan datang pada 19 Disember 2011 (Isnin) akan dilancarkan di Kg Merungin 1. Jom joinlah kami bersama... Wassalam...