Sabtu, 21 April 2012

Program Ziarah Mahabbah & Khidmat Masyarakat


PROGRAM : ZIARAH MAHABBAH & KHIDMAT MASYARAKAT
LOKASI      : KG.NAGAYA RANAU
TARIKH      : 27 DISEMBER 2011 - 29 DISEMBER 2011 (SIRI 1)
                    : 27 FEBRUARI 2012 - 29 FEBRUARI 2012 (SIRI 2)

Assalammualaikum wtb..
Syukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya kami diberikan kekuatan untuk melaksanakan program yang telah dirancang yang terdiri daripada staf JHEAINS Ranau dan Penggerak Dakwah. Perjalanan pertama kami adalah melaksanakan Ziarah Mahabbah iaitu pada 27/12/2012 hingga 29/12/2012. Dalam kampung tersebut cuma terdapat 10 buah rumah sahaja. Cuma terdapat 2 keluarga sahaja yang bukan Islam.. Keadaan kampung tersebut agak sejuk hingga menusuk ke tulang. Alhamdulillah kami berjaya menghabiskan masa dengan penuh gembira bersama-sama beberapa orang kampung. Kami menginap didalam balai raya sahaja kerana kampung tersebut tidak mempunyai surau. Salah satu aktiviti dalam ziarah kami ini adalah berbeku dan makan bersama-sama beberapa orang kampung. Kedatangan pertama kami memberikan kesan yang sangat penting terhadap orang kampung iaitu akan membina surau kerana orang kampung sudah lama mengidamkan terbinanya surau di situ.

Pada 27 Feb.2012 hingga 29 Feb.2012 merupakan perjalanan ke 2 dan membawa misi gotong royong mengambil kayu di hutan untuk keperluan pembinaan surau. Kesempatan ini diambil atas kepakaran Imam-Imam dan Ustaz-Ustaz di JHEAINS Ranau. Alhamdulillah kami berjaya mengumpulkan kayu untuk peralatan membina surau pada siri ke 3 nanti iaitu pada 23 April 2012 hingga 24 April 2012 nanti. Moga-moga usaha ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan doa muslimin dan muslimat amat diperlukan agar komitmen kumpulan kami sentiasa berkekalan. Doakanlah kami..Wassalam...