Program
Bantuan Ummah di Kg Tinutuan Ranau & Kg Waang Ranau.
Tarikh : 14/05/2012 (Isnin)
Pada
14/05/2012, program Bantuan Ummah diadakan di Kg Bongkud Ranau yang memakan
masa perjalanan selama sejam dari pekan Ranau iaitu 35km. Menurut profail
Kg Tinutuan terdapat 22 keluarga Islam (seramai 115 orang) daripada jumlah
keseluruhan penduduk Kg Tinutuan iaitu seramai 250 orang. Kampung tersebut
merupakan kawasan perkampungan Muallaf. Sasaran misi dakwah kali ini ialah
membina sebuah rumah saudara kita iaitu Puan Lotihim Amit atau nama Islamnya
Puan Latifah Abdullah yang memeluk islam pada bulan November 2011.
Program Bantuan Ummah ini
dilancarkan atas kerjasama 3 pihak iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) Cawangan Sabah pimpinan Pusat Latihan Islam Kundasang (PLIK), Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) daerah Ranau dan Persatuan Anak-Anak Kabin Muslim Hidayah (HILAL) Malaysia & Kumpulan
Sukarelawan KLIA01, Penerbangan Malaysia.
Sebelum
hari program iaitu 13 Mei 2012 bersamaan hari ahad, Persatuan Anak-Anak Kabin
Muslim Hidayah (HILAL) Malaysia & Kumpulan Sukarelawan KLIA01, Penerbangan
Malaysia bersama JHEAINS Ranau dan Penggerak Dakwah JAKIM telah melancarkan
satu bantuan ummah di Kg Waang sebagai satu ziarah mahabbah yang melibatkan 38
buah bantuan kepada setiap keluarga Islam di kampung tersebut.
Pada
hari program (14 Mei 2012), rombongan staf JHEAINS Ranau dan Penggerak Dakwah
JAKIM bersama Persatuan Anak-Anak Kabin Muslim Hidayah (HILAL) Malaysia &
Kumpulan Sukarelawan KLIA01, Penerbangan Malaysia berkumpul di masjid Ar –
Rahman Pekan Ranau kira-kira jam 7 pagi dan mula bertolak ke kg Tinutuan jam
7.30 pagi. Rombongan mula bergotong royong mengangkat kayu dan membina rumah
bersama- sama sekitar jam 9 pagi hinggalah jam 1 petang.
Ketibaan
Pengetua Pusat Latihan Islam Kundasang JAKIM Sabah pada jam 2 petang disambut
oleh rombongan dan orang kampung dan kira-kira jam 2.30 petang, ketibaan Penolong
Pengarah JAKIM Sabah Ustaz Mohd Shamsuri Bin Ghazali. Majlis diteruskan dengan
Penyempurnaan Khidmat Bakti di tapak rumah yang dibina. Seterusnya majlis
perasmian dijalankan di surau Kg Tinutuan yang dimulakan dengan majlis ucapan
alu-aluan pengerusi surau Kg Tinutuan iaitu Mohd Sobri Abdullah, beliau
melontarkan ucapan ribuan berbanyak-banyak terima kasih atas kehadiran serta
penganjuran program tersebut di kampungnya dan memperkenalkan suasana kg.
Tinutuan. Seterusnya ucapan alu-aluan kedua oleh wakil Persatuan Anak-Anak Kabin Muslim Hidayah
(HILAL) Malaysia & Kumpulan Sukarelawan KLIA01, Penerbangan Malaysia iaitu
Tuan Haji Mahmud. Beliau amat bersyukur atas program yang berjaya dilaksanakan
dan bantuan yang disumbangkan ini melalui persatuan tersebut termasuklah
bantuan peruntukan pembinaan rumah.
Seterusnya
Ustaz Mohd Shamsuri Bin Ghazali, Penolong Pengarah JAKIM Sabah sebagai wakil
Pengarah JAKIM Sabah memberikan ucapan alu-aluan serta amanat sebagai
mengakhiri majlis penangguhan program tersebut. Beliau telah mengucapkan tanda
syukur kepada Allah swt diatas pertemuan serta menyampaikan lafaz salam
Pengarah JAKIM Sabah kepada semua yang hadir. Beliau menjelaskan kepada
masyarakat Islam yang hadir betapa pentingnya persefahamanan dan hubungan
silaturahim, beliau juga menjelaskan tentang program misi dakwah yang akan
dilancarkan pada tahun ini iaitu sasaran kepada 200 buah kampung di seluruh
Sabah. Program berakhir dengan penyampaian sumbangan kepada 42 keluarga Muallaf
yang disampaikan oleh Tuan Haji Mahmud dan penyampaian cenderahati JAKIM Sabah
kepada HILAL yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shamsuri Bin Ghazali kepada Tuan
Haji Mahmud. Selepas minum petang, majlis bersurai dan mula bertolak balik.