Program Ziarah
Mahabbah di Kg Gusi Ranau
Tarikh :
20/06/2013 – 22/06/2013 (Khamis - Sabtu)
Anjuran : JAKIM Sabah kerjasama JHEAINS
Ranau.
Pada
20/06/2013, Program Ziarah Mahabbah diadakan di Kg Gusi Ranau, anjuran Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Negeri Sabah Daerah Ranau yang memakan masa perjalanan kira-kira 4 jam jalan darat dan terpaksa
menaiki bot melalui sungai selama kira-kira hampir 2 jam. Jarak dari pekan Ranau
ke Kg Gusi iaitu kira-kira 95km. Menurut profail Kg Gusi Ranau terdapat 40 buah
keluarga Islam (seramai 230 orang) daripada jumlah keseluruhan penduduk Kg Gusi
iaitu seramai 230 orang. Kampung tersebut merupakan kawasan perkampungan yang terdiri daripada bangsa sungai. Program ini
dijalankan bermula pada 20 Jun 2013 hingga 22 Jun 2013 yang dihadiri oleh Pegawai
Tadbir Agama JHEAINS Ranau iaitu Ustazah Zatuliffah Mohd Aslie, Penggerak
Dakwah JAKIM iaitu Us Mohd Sobi Hadipin, Us Zaidi Karim serta staf JHEAINS
Ranau iaitu Us Ahmad Masnin Abdullah, Ketua Unit Bahagian Dakwah JHEAINS Ranau,
Us Rusdi Abdul Kadir selaku Imam Daerah Ranau, Us Mohd Farid Soinin, Pegawai
Penyelaras Masjid Daerah, Imam Kariah iaitu Imam Hamid Mohammad, Imam Asidi
Yusuf, Imam Rabinin Lamin, Imam Sapinin Jahasin, Imam Arsat Badin dan sukarela
Rakan Masjid Pekan Ranau serta 4 orang pembekal AZ HEBAT. Rombongan yang datang
ke kg Gusi seramai 17 orang.
Pada 20
Jun 2013 bersamaan hari khamis, semua rombongan berkumpul di masjid Ar Rahman
Pekan Ranau kira-kira jam 08.30 am. Kami bertolak ke Kg Gusi kira-kira jam 9.30
am dengan menaiki kenderaan jabatan dan 3 buah kenderaan pacuan 4 roda.
Perjalanan darat memakan masa hampir 4 jam untuk sampai ke Kg Karagasan kerana
bentuk jalan rayanya yang tidak bertar dan bentuk jalannya yang berbatu besar.
Kami sampai di Kg Karagasan kira-kira jam 2.30 pm. Kami meneruskan perjalanan
ke kg Gusi dengan melalui dua jalan. Us. Ahmad Masnin memimpin jalan darat
untuk ke Kg Gusi dengan menggunakan kenderaan Jabatan dan sebuah kenderaan
pacuan 4 roda iaitu pembekal AZ HEBAT untuk mengangkat barang-barang. Imam
Hamid memimpin jalan sungai dengan menaiki bot iaitu seramai 9 orang untuk bot
pertama dan bot kedua seramai 7 orang. Kami sampai di Kg Gusi pada jam 5.25 pm.
Manakala rombongan Us Ahmad Masnin sampai pada jam 5.45 pm. Selepas solat asar
secara berjemaah, kami mula memasang khemah dan mula mengemas tempat
barang-barang. Selepas Solat Maghrib, kami menghidupkan suasana kampung dengan
membaca surah Yassin dan tahlil yang dipimpin Imam Arjunah Yahya. Selepas solat
Isyak, kami bersama-sama penduduk kampung yang datang menjamu makan malam.
Pada
hari kedua iaitu 21 Jun 2013, pagi subuh diisi dengan kuliah subuh yang
disampaikan oleh Us Zaidi Karim, Penggerak Dakwah JAKIM. Pada jam 08.00 pagi
program bermula dengan Halaqah bab Thaharah yang di kendalikan oleh Us Mohd
Sobi Hadipin sehinggalah jam 11.00 am. Seterusnya penduduk balik bersiap-siap
untuk solat jumaat. Selepas solat jumaat, kami beramah mesra serta makan
tengahari dengan penduduk kampung yang hadir dan kira-kira jam 2 petang, majlis
penangguhan program Ziarah Mahabbah diadakan di dalam surau Kg Gusi Ranau.
Acara
penangguhan majlis dilancarkan dengan dimulakan bacaan doa majlis oleh Imam
Hamid Mohammad selaku Imam Qariah Mukim
Kaingaran, seterusnya ucapan alu-aluan wakil penduduk Kg Gusi iaitu Arjunah
Yahya . Beliau melahirkan tanda rasa
gembira dan terima kasih di atas program yang dianjurkan di kampung tersebut
dan beliau membentangkan maklumat ringkas penduduk muslim di Kg Gusi Ranau.
Beliau juga mengharapkan agar pada masa akan datang program seumpama diadakan
sekali lagi di kampung tersebut. Beliau juga mengharapkan agar anak muda di
kampung tersebut diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di Pusat Latihan
Dakwah Kudat.
Seterusnya
Ustazah Zatuliffah Mohd Aslie, Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Ranau sebagai wakil
Pengarah JAKIM Sabah memberikan ucapan alu-aluan serta Tazkirah sebagai
mengakhiri majlis penangguhan program tersebut. Beliau telah mengucapkan tanda
syukur kepada Allah swt diatas pertemuan serta hajat untuk melangkah kaki ke
kampung tersebut yang memakan masa agak lama untuk sampai. Beliau menyampaikan
salam Pengarah JAKIM Sabah yang tidak dapat hadir bersama-sama dalam program
tersebut. Beliau meneruskan ucapannya dengan mengatakan bahawa walaupun
pengisian program tersebut agak “santai”, tetapi sasarannya adalah untuk
menyampaikan tentang kefahaman bab Thoharah. Katanya, pendekatan tersebut
sangat sesuai dilancarkan di semua kampung di daerah Ranau. Beliau
mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas kerjasama penduduk kampong dan
dengan lafaz “Bismillahhirrahmannirrahim” majlis penangguhan tersebut
dirasmikan. Seterusnya program diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan
kepada Ahli jawatankuasa surau, penyampaian cendera kenangan perasmi dan penyampaian sumbangan kepada 40 keluarga yang disampaikan oleh Ustazah Zatuliffah Mohd
Aslie. Majlis berakhir dengan alunan selawat dan pelukan bersama penduduk
kampung.
Selepas
waktu asar, kami berjalan mengelilingi kampung tersebut dan menziarahi rumah ke
rumah seterusnya menyampaikan sumbangan tersebut. Selepas solat Maghrib, Kuliah
maghrib di sampaikan oleh Us Farid Soinin, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah.
Selepas solat isyak, kami dijemput ke majlis kenduri arwah dan memimpin bacaan
Yassin dan Tahlil.
Pada
keesokan harinya 22 Jun 2013 bersamaan hari sabtu, selepas sarapan pagi, kami
mula berkemas dan membersihkan kawasan surau dan bertolak balik kira-kira jam
9.00 am. Kami sampai di Pekan Ranau kira-kira jam 4.00 pm.