PROGRAM ZIARAH QARIAH
LOKASI : KG SINURAI
TARIKH : 27/09/2013 - 29/09/2013
RANAU, Kg.Sinurai; 27/09/2013 hingga 29/09/2013 telah diadakan di Kg Sinurai RANAU anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Ranau. Salah satu kampung Saudara Kita di Mukim Kaingaran yang minoriti penduduk Islam. Junlah penduduknya seramai 230 orang, jarak dari pekan Ranau ialah 65km dengan bentuk jalan rayanya tidak bertar. Masyarakatnya terdiri daripada bangsa Dusun dan Sungai. Sedikit gambaran program dengan tontonan video di bawah.
Program Ziarah Mahabbah di Kg Kinandusan.
Tempat : Surau Ukhwah Kg Kinandusan
Tarikh : 02 Julai 2013.
RANAU, Kg Kinandusan : 02 Julai 2013, Program Ziarah Mahabbah anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) cawangan Sabah kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Ranau di Kg. Kinandusan Kundasang Ranau. Jumlah penduduk seramai 400 dan jarak dari pekan Ranau ialah 15km.. Sedikit gambaran program di bawah.
Pada
20/06/2013, Program Ziarah Mahabbah diadakan di Kg Gusi Ranau, anjuran Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Negeri Sabah Daerah Ranau yang memakan masa perjalanankira-kira 4 jam jalan darat dan terpaksa
menaiki bot melalui sungai selama kira-kira hampir 2 jam. Jarak dari pekan Ranau
ke Kg Gusi iaitu kira-kira 95km. Menurut profail Kg Gusi Ranau terdapat 40 buah
keluarga Islam (seramai 230 orang) daripada jumlah keseluruhan penduduk Kg Gusi
iaitu seramai 230 orang. Kampung tersebut merupakan kawasan perkampungan yang terdiri daripada bangsa sungai. Program ini
dijalankan bermula pada 20 Jun 2013 hingga 22 Jun 2013 yang dihadiri oleh Pegawai
Tadbir Agama JHEAINS Ranau iaitu Ustazah Zatuliffah Mohd Aslie, Penggerak
Dakwah JAKIM iaitu Us Mohd Sobi Hadipin, Us Zaidi Karim serta staf JHEAINS
Ranau iaitu Us Ahmad Masnin Abdullah, Ketua Unit Bahagian Dakwah JHEAINS Ranau,
Us Rusdi Abdul Kadir selaku Imam Daerah Ranau, Us Mohd Farid Soinin, Pegawai
Penyelaras Masjid Daerah, Imam Kariah iaitu Imam Hamid Mohammad, Imam Asidi
Yusuf, Imam Rabinin Lamin, Imam Sapinin Jahasin, Imam Arsat Badin dan sukarela
Rakan Masjid Pekan Ranau serta 4 orang pembekal AZ HEBAT. Rombongan yang datang
ke kg Gusi seramai 17 orang.
Pada 20
Jun 2013 bersamaan hari khamis, semua rombongan berkumpul di masjid Ar Rahman
Pekan Ranau kira-kira jam 08.30 am. Kami bertolak ke Kg Gusi kira-kira jam 9.30
am dengan menaiki kenderaan jabatan dan 3 buah kenderaan pacuan 4 roda.
Perjalanan darat memakan masa hampir 4 jam untuk sampai ke Kg Karagasan kerana
bentuk jalan rayanya yang tidak bertar dan bentuk jalannya yang berbatu besar.
Kami sampai di Kg Karagasan kira-kira jam 2.30 pm. Kami meneruskan perjalanan
ke kg Gusi dengan melalui dua jalan. Us. Ahmad Masnin memimpin jalan darat
untuk ke Kg Gusi dengan menggunakan kenderaan Jabatan dan sebuah kenderaan
pacuan 4 roda iaitu pembekal AZ HEBAT untuk mengangkat barang-barang. Imam
Hamid memimpin jalan sungai dengan menaiki bot iaitu seramai 9 orang untuk bot
pertama dan bot kedua seramai 7 orang. Kami sampai di Kg Gusi pada jam 5.25 pm.
Manakala rombongan Us Ahmad Masnin sampai pada jam 5.45 pm. Selepas solat asar
secara berjemaah, kami mula memasang khemah dan mula mengemas tempat
barang-barang. Selepas Solat Maghrib, kami menghidupkan suasana kampung dengan
membaca surah Yassin dan tahlil yang dipimpin Imam Arjunah Yahya. Selepas solat
Isyak, kami bersama-sama penduduk kampung yang datang menjamu makan malam.
Pada
hari kedua iaitu 21 Jun 2013, pagi subuh diisi dengan kuliah subuh yang
disampaikan oleh Us Zaidi Karim, Penggerak Dakwah JAKIM. Pada jam 08.00 pagi
program bermula dengan Halaqah bab Thaharah yang di kendalikan oleh Us Mohd
Sobi Hadipin sehinggalah jam 11.00 am. Seterusnya penduduk balik bersiap-siap
untuk solat jumaat. Selepas solat jumaat, kami beramah mesra serta makan
tengahari dengan penduduk kampung yang hadir dan kira-kira jam 2 petang, majlis
penangguhan program Ziarah Mahabbah diadakan di dalam surau Kg Gusi Ranau.
Acara
penangguhan majlis dilancarkan dengan dimulakan bacaan doa majlis oleh Imam
Hamid Mohammad selaku Imam Qariah Mukim
Kaingaran, seterusnya ucapan alu-aluan wakil penduduk Kg Gusi iaitu Arjunah
Yahya . Beliaumelahirkan tanda rasa
gembira dan terima kasih di atas program yang dianjurkan di kampung tersebut
dan beliau membentangkan maklumat ringkas penduduk muslim di Kg Gusi Ranau.
Beliau juga mengharapkan agar pada masa akan datang program seumpama diadakan
sekali lagi di kampung tersebut. Beliau juga mengharapkan agar anak muda di
kampung tersebut diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di Pusat Latihan
Dakwah Kudat.
Seterusnya
Ustazah Zatuliffah Mohd Aslie, Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Ranau sebagai wakil
Pengarah JAKIM Sabah memberikan ucapan alu-aluan serta Tazkirah sebagai
mengakhiri majlis penangguhan program tersebut. Beliau telah mengucapkan tanda
syukur kepada Allah swt diatas pertemuan serta hajat untuk melangkah kaki ke
kampung tersebut yang memakan masa agak lama untuk sampai. Beliau menyampaikan
salam Pengarah JAKIM Sabah yang tidak dapat hadir bersama-sama dalam program
tersebut. Beliau meneruskan ucapannya dengan mengatakan bahawa walaupun
pengisian program tersebut agak “santai”, tetapi sasarannya adalah untuk
menyampaikan tentang kefahaman bab Thoharah. Katanya, pendekatan tersebut
sangat sesuai dilancarkan di semua kampung di daerah Ranau. Beliau
mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas kerjasama penduduk kampong dan
dengan lafaz “Bismillahhirrahmannirrahim” majlis penangguhan tersebut
dirasmikan. Seterusnya program diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan
kepada Ahli jawatankuasa surau, penyampaian cendera kenangan perasmi dan penyampaian sumbangan kepada 40 keluarga yang disampaikan oleh Ustazah Zatuliffah Mohd
Aslie. Majlis berakhir dengan alunan selawat dan pelukan bersama penduduk
kampung.
Selepas
waktu asar, kami berjalan mengelilingi kampung tersebut dan menziarahi rumah ke
rumah seterusnya menyampaikan sumbangan tersebut. Selepas solat Maghrib, Kuliah
maghrib di sampaikan oleh Us Farid Soinin, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah.
Selepas solat isyak, kami dijemput ke majlis kenduri arwah dan memimpin bacaan
Yassin dan Tahlil.
Pada
keesokan harinya 22 Jun 2013 bersamaan hari sabtu, selepas sarapan pagi, kami
mula berkemas dan membersihkan kawasan surau dan bertolak balik kira-kira jam
9.00 am. Kami sampai di Pekan Ranau kira-kira jam 4.00 pm.
PROGRAM ZIARAH MAHABBAH DI KG SEDUL LAMA
Tempat : Kg Sedul Lama.
Tarikh : 16 Julai 2012.
Anjuran : JAKIM Cawangan Sabah kerjasama JHEAINS Ranau.
RANAU
: Kg Sedul Lama, 16 Julai 2012 (Isnin). Program Ziarah Mahabbah anjuran
JAKIM Cawangan Sabah kerjasama telah diadakan di Kg Sedul Lama di bawah
Qariah Luanti yang ditadbir qariah oleh Imam Sapinin Jahasin. Profail
kg Sedul Lama adalah 200 orang Jumlah penduduk keseluruhan, sebanyak 18
buah rumah dan terdapat 25 keluarga.
Tempat program
tersebut diadakan di balai raya Kg Sedul kerana surau agak kecil dan
uzur, rombongan yang hadir terdiri daripada Penggerak Dakwah, Imam
Qariah. Imam Rawatib, Staf JHEAINS, ALMNI PLDK dan Mahsiswa UKM. (Mohd
Sobi Hadipin, Imam Sapinin Jahasin, Imam Azri Abdullah, Imam Lubin
Rajiman, Imam Jamirin Dikun, Mohd Zulhadi Saimin, Noormie Rutin,
Marylisa Suahing. Laisah Geofrey, Azmiayani Sungging, Imam Firdaus
Juhile,Imam Adi Zakry Azizd, Imam Jasrin Yahyah, Imam Haidi Md Badwi).
Program
bermula dengan taklimat dan sesi taaruf dan seterusnya Halaqah Tohara
secara berkumpulan yang dibahagikan 4 kumpulan untuk membincangkan
bab-bab Tohara dan seterusnya ahli kumpulan membentangkan hasil
perbincangan mereka, setiap satu kumpulan selesai membentangkan,
Fasilitator akan memberikan ulasan dengan lebih jelas lagi.. selesai
pembentangan semua kumpulan, majlis penangguhan terus dibuat yang
dirasmikan oleh Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Ranau iaitu Us Haji Abdul
Rauf Abas.
Us Haji Abdul Rauf mengatakan bahawa program
tersebut merupakan langkah permulaan jabatan agama untuk memantapkan
ukhuwah dan kefahaman Islam terhadap penduduk kampung Sedul. Seterusnya
program susulan akan dilancarkan dari masa ke masa yang lebih berbentuk
ukhuwah dan khidmat masyarakat yang akan memakan masa 3 hari pada akan
datang.
Menurut penilaian kami, penduduk kampung
tersebut masih banyak perkara yang perlu diberi pengkhususan terutamanya
perkara-perkara asas dalam Islam. kampung tersebut juga masih agak
ketinggalan dari segi pembangunan dan sekiranya NGO-NGO Islam lain yang
teringin datang menziarahi kampung tersebut, sampaikanlah ilmu yang
boleh mereka amalkan dan penduduk Kg Sedul sangat peramah dan berfikiran
terbuka. Datanglah untuk memeriahkan program di Kg tersebut.. sampai
disini sahaja untuk masa ini.. Wassalam..
PROGRAM ZIARAH MAHABBAH & BANTUAN UMMAH DI KG MATUPANG.
Tempat : Kg Matupang.
Tarikh : 14 Julai 2012 (Sabtu)
Anjuran : HILAL Penerbangan Malaysia Kerjasama Penggerak Dakwah JAKIM & JHEAINS Ranau.
RANAU,
Kg Matupang: Program Ziarah Mahabbah yang dilancarkan di Kg Matupang
pada 14 Julai 2012 (sabtu) bermula dari pekan Ranau ke Kg Matupang yang
memakan masa perjalanan selama 45 minit (40 km). Kami bertolak dari
Masjid Ar Rahman Pekan Ranau kira-kira jam 7. 45 am dan sampai di Kg
Matupang kira-kira jam 8 lebih. Alhmdulillah sesampai kami di Kg
Matupang kami terus menuju ke tapak pembinaan rumah Pn. Nadra Abdullah
(Muallaf) yang kematian suami dan mempunyai 2 orang anak. Beliau
merupakan sasaran Bantuan Ummah kali ini..
Sesampai
kami di tapak perumahannya kami disambut dengan meriah oleh penduduk
kampung Islam yang tinggal berhampiran dengan puan Nadra. Imam Amin Abd
Salam dan Imam Haidi Badwi merupakan orang tengah yang banyak membantu
melancarkan program tersebut. Ketua rombongan HILAL Penerbangan Malaysia
Haji Mahmud bersama Ust. Kamal Ashaari dan Mohammad Sharif telah
melancarkan bantuan tersebut sebanyak 30 buah keluarga. Sebelum
penyerahan bantuan tersebut, Ust Kamal Ashaari telah memberikan sedikit
amanat serta tazkirah agar penduduk kampung di situ sentiasa bersatu dan
menguatkan akidah sebagai Islam. Ust Kamal juga telah mengetuai bacaan
doa dan semua penduduk kampung yang ada ketika itu mengaminkannya..
Seterusnya
kami bertolak pergi menziarahi 3 orang sasaran dari rumah ke rumah dan
sempat berramah mesra sasaran tersebut. Puan Normah Abdullah yang kurang
berkemampuan dan dikatakan berumur 130 tahun yang masih cerdas
mindanya, Puan Langaya Belintang (Muallaf) dan En Samuel Balintas
(Muallaf).
Moga-moga
program sedemikian dilancarkan lagi dari masa ke masa dan moga NGO- NGO
Islam lain turut datang mengadakan lagi program sedemikian di daerah
Ranau. Sekian wassalam untuk kali ini.. moga berjumpa lagi..
Program
Bantuan Ummah di Kg Tinutuan Ranau & Kg Waang Ranau.
Tarikh : 14/05/2012 (Isnin)
Pada
14/05/2012, program Bantuan Ummah diadakan di Kg Bongkud Ranau yang memakan
masa perjalanan selama sejam dari pekan Ranau iaitu 35km. Menurut profail
Kg Tinutuan terdapat 22 keluarga Islam (seramai 115 orang) daripada jumlah
keseluruhan penduduk Kg Tinutuan iaitu seramai 250 orang. Kampung tersebut
merupakan kawasan perkampungan Muallaf. Sasaran misi dakwah kali ini ialah
membina sebuah rumah saudara kita iaitu Puan Lotihim Amit atau nama Islamnya
Puan Latifah Abdullah yang memeluk islam pada bulan November 2011.
Program Bantuan Ummah ini
dilancarkan atas kerjasama 3 pihak iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) Cawangan Sabah pimpinan Pusat Latihan Islam Kundasang (PLIK), Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) daerah Ranau dan Persatuan Anak-Anak Kabin Muslim Hidayah (HILAL) Malaysia & Kumpulan
Sukarelawan KLIA01, Penerbangan Malaysia.
Sebelum
hari program iaitu 13 Mei 2012 bersamaan hari ahad, Persatuan Anak-Anak Kabin
Muslim Hidayah (HILAL) Malaysia & Kumpulan Sukarelawan KLIA01, Penerbangan
Malaysia bersama JHEAINS Ranau dan Penggerak Dakwah JAKIM telah melancarkan
satu bantuan ummah di Kg Waang sebagai satu ziarah mahabbah yang melibatkan 38
buah bantuan kepada setiap keluarga Islam di kampung tersebut.
Pada
hari program (14 Mei 2012), rombongan staf JHEAINS Ranau dan Penggerak Dakwah
JAKIM bersama Persatuan Anak-Anak Kabin Muslim Hidayah (HILAL) Malaysia &
Kumpulan Sukarelawan KLIA01, Penerbangan Malaysia berkumpul di masjid Ar –
Rahman Pekan Ranau kira-kira jam 7 pagi dan mula bertolak ke kg Tinutuan jam
7.30 pagi. Rombongan mula bergotong royong mengangkat kayu dan membina rumah
bersama- sama sekitar jam 9 pagi hinggalah jam 1 petang.
Ketibaan
Pengetua Pusat Latihan Islam Kundasang JAKIM Sabah pada jam 2 petang disambut
oleh rombongan dan orang kampung dan kira-kira jam 2.30 petang, ketibaan Penolong
Pengarah JAKIM Sabah Ustaz Mohd Shamsuri Bin Ghazali. Majlis diteruskan dengan
Penyempurnaan Khidmat Bakti di tapak rumah yang dibina. Seterusnya majlis
perasmian dijalankan di surau Kg Tinutuan yang dimulakan dengan majlis ucapan
alu-aluan pengerusi surau Kg Tinutuan iaitu Mohd Sobri Abdullah, beliau
melontarkan ucapan ribuan berbanyak-banyak terima kasih atas kehadiran serta
penganjuran program tersebut di kampungnya dan memperkenalkan suasana kg.
Tinutuan. Seterusnya ucapan alu-aluan kedua oleh wakil Persatuan Anak-Anak Kabin Muslim Hidayah
(HILAL) Malaysia & Kumpulan Sukarelawan KLIA01, Penerbangan Malaysia iaitu
Tuan Haji Mahmud. Beliau amat bersyukur atas program yang berjaya dilaksanakan
dan bantuan yang disumbangkan ini melalui persatuan tersebut termasuklah
bantuan peruntukan pembinaan rumah.
Seterusnya
Ustaz Mohd Shamsuri Bin Ghazali, Penolong Pengarah JAKIM Sabah sebagai wakil
Pengarah JAKIM Sabah memberikan ucapan alu-aluan serta amanat sebagai
mengakhiri majlis penangguhan program tersebut. Beliau telah mengucapkan tanda
syukur kepada Allah swt diatas pertemuan serta menyampaikan lafaz salam
Pengarah JAKIM Sabah kepada semua yang hadir. Beliau menjelaskan kepada
masyarakat Islam yang hadir betapa pentingnya persefahamanan dan hubungan
silaturahim, beliau juga menjelaskan tentang program misi dakwah yang akan
dilancarkan pada tahun ini iaitu sasaran kepada 200 buah kampung di seluruh
Sabah. Program berakhir dengan penyampaian sumbangan kepada 42 keluarga Muallaf
yang disampaikan oleh Tuan Haji Mahmud dan penyampaian cenderahati JAKIM Sabah
kepada HILAL yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shamsuri Bin Ghazali kepada Tuan
Haji Mahmud. Selepas minum petang, majlis bersurai dan mula bertolak balik.
PROGRAM : ZIARAH MAHABBAH & KHIDMAT MASYARAKAT
LOKASI : KG.NAGAYA RANAU
TARIKH : 27 DISEMBER 2011 - 29 DISEMBER 2011 (SIRI 1)
: 27 FEBRUARI 2012 - 29 FEBRUARI 2012 (SIRI 2)
Assalammualaikum wtb..
Syukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya kami diberikan kekuatan untuk melaksanakan program yang telah dirancang yang terdiri daripada staf JHEAINS Ranau dan Penggerak Dakwah. Perjalanan pertama kami adalah melaksanakan Ziarah Mahabbah iaitu pada 27/12/2012 hingga 29/12/2012. Dalam kampung tersebut cuma terdapat 10 buah rumah sahaja. Cuma terdapat 2 keluarga sahaja yang bukan Islam.. Keadaan kampung tersebut agak sejuk hingga menusuk ke tulang. Alhamdulillah kami berjaya menghabiskan masa dengan penuh gembira bersama-sama beberapa orang kampung. Kami menginap didalam balai raya sahaja kerana kampung tersebut tidak mempunyai surau. Salah satu aktiviti dalam ziarah kami ini adalah berbeku dan makan bersama-sama beberapa orang kampung. Kedatangan pertama kami memberikan kesan yang sangat penting terhadap orang kampung iaitu akan membina surau kerana orang kampung sudah lama mengidamkan terbinanya surau di situ.
Pada 27 Feb.2012 hingga 29 Feb.2012 merupakan perjalanan ke 2 dan membawa misi gotong royong mengambil kayu di hutan untuk keperluan pembinaan surau. Kesempatan ini diambil atas kepakaran Imam-Imam dan Ustaz-Ustaz di JHEAINS Ranau. Alhamdulillah kami berjaya mengumpulkan kayu untuk peralatan membina surau pada siri ke 3 nanti iaitu pada 23 April 2012 hingga 24 April 2012 nanti. Moga-moga usaha ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan doa muslimin dan muslimat amat diperlukan agar komitmen kumpulan kami sentiasa berkekalan. Doakanlah kami..Wassalam...
Lokasi : Masjid Kg Matupang Ranau.
Tarikh : 02 - 03 Februari 2012
Program Ziarah Mahabbah di Kg Matupang yang dianjurkan oleh JHEAINS Ranau kerjasama Pusat Latihan Islam Kundasang (PLIK) JAKIM Sabah yang dihadiri serta dirasmikan oleh Us Nasron Abdullah Pengetua Pusat Latihan Islam Kundasang. Semasa kami sampai ke masjid Kg Matupang, kanak-kanak serta ibu bapa menyambut kedatangan kami dengar alunan selawat Nabi SAW.. Kami tidak menyangka kanak-kanak disitu ramai yang datang iaitu kira-kira 80 orang. Menurut penduduk kampung, kanak-kanak di situ belajar fardhu ain yang cuma diajar oleh seorang guru sahaja tetapi guru tersebut bukanlah lantikan guru KAFA. Penduduk kampung memohon kepada pihak JAKIM agar memberikan peluang kepada guru tersebut untuk mendapat pelantikan sebagai guru KAFA memandangkan guru sukarela tersebut tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Selepas perasmian tersebut, kami bermalam di masjid dan memberikan sedikit pengisian agama kepada penduduk kampung seperti tazkirah agama dan kami juga bersama-sama beberapa belia serta dewasa turut serta dalam aktiviti malam mereka iaitu memancing. Mudah-mudahan program seterusnya akan berjalan lancar di tempat-tempat lain.. Wassalam..
Lokasi : Mukim Kundasang
Tarikh : 01 Februari 2012.
Anjuran: JHEAINS Ranau & Penggerak Dakwah JAKIM.
Program Menjejaki semula tokoh-tokoh lama yang banyak berjasa dalam memperkembangkan Islam di daerah Ranau. Kali ini kami memulakan langkah di Mukim Kundasang. Sasaran kami untuk siri pertama ini seramai 4 orang iaitu Hj Jalani Agas, Hj.Mansor Anang, Us Mohammad Yakub dan En.Japi Hj Sahajali. Perjalanan kami kali ini sangat unik kerana belum pernah kami merasakan suasana gembira seperti hari ini, seolah-olah suasana hari raya. Sepanjang pertemuan kami, ada perasaan gembira, perasaan duka, perasaan sayu, perasaan simpati dan sebagainya.. InsyAllah! kami akan meneruskan jelajah seterusnya di kawasan Pekan Ranau.. Terima kasih kepada mereka yang terlibat. Wassalam..
KG. LUNGKIDAU RANAU : Pada 13 Disember 2011 hingga 15 Disember 2011 (Selasa –Khamis), Program Pemantapan Akidah telah diadakan di sebuah kampung Saudara Kita (Muallaf) yang dinamakan sebagai Kg Lungkidau. Jarak dari pekan Ranau ke kampung tersebut ialah 43km untuk sampai ke tempat parking kereta. Kami berkumpul di Masjid Pekan Ranau kira-kira pada jam 1 petang dan mula bertolak kira-kira jam 2 petang. Perjalanan tersebut memakan hampir sejam hingga sampai ke tempat parking kereta dan selepas tu kena melalui jambatan gantung yang agak panjang, disebabkan banyak barang-barang makanan serta peralatan untuk program, yang lain jalan melalui jambatan dan kemudiannya perjalanan kaki ke kampung tersebut memakan masa lebih kurang setengah jam manakala kami sebanyak 3 buah kereta kena melalui jalan darat untuk sampai kenderaan ke kampung tersebut yang mengambil masa dari parking kereta tu selama hampir 2 jam dengan melalui jalan balak dan kelapa sawit. Anggota yang turut hadir dalam program kali ini seramai 15 0rang yang terdiri daripada Bahagian Dakwah JHEAINS Ranau, Penggerak Dakwah, Imam Qariah, Imam Rawatib dan 2 orang belia sukarela.
Semasa perjalanan kami mengikut jalan darat itu melalui kg Tompios iaitu memasuki kg Toporoh (53Km), banyaki sangat halangan kami, halangan pertama ialah lori balak yang dipenuhi kayu balak telah tersangkut di perjalanan awal kami dan menutupi jalan tersebut dan kami terpaksa melalui jalan yang agak sempit dan dibawahnya adalah sungai kecil. Kemudian perjalanan kami tersekat sekali lagi apabila hujan turun dengan lebat dan kereta kami tersangkut tidak dapat menaiki salah satu bukit kerana tanahnya yang liat dan berlumpur walaupun kenderaan kami 4x4. Kebetulan kereta pertama dapat menaiki bukit tersebut dan kereta pertama terpaksa menarik kereta kami. Kami mula bertolak dari tempat parking kereta kira-kira pukul 5.33 petang dan kami sampai ke kampung Lungkidau kira-kira jam 9 malam. Kami tersangkut kira-kira selama hampir 2 jam.
Apabila Berjaya melalui jalan tersebut kami terpaksa menuruni bukit dengan keadaan tanahnya yang agak licin dan kereta apabila ditekan brek akan berjalan sendiri (tergelincir) dan ditepi jalan agak curam. Kami terpaksa melalui 3 buah anak sungai yang agak deras air apabila hujan. Alhmdulillah kami selamat sampai ke kampung Lungkidau kira-kira jam 9 malam dan salah satu kereta kami pecah breknya. Sesampai kami di surau Kg Lungkidau, kawan-kawan lain sedang menyambut kami dengan senyuman dan begitu juga penduduk Islam di situ yang ketika itu mereka sedang Latihan Dalam Kumpulan tentang Solat. Hanya mendapat rehat seketika sahaja, datang seorang yang tidak dikenali ke tempat program kami dalam keadaan mabuk dan menganggu suasana dalam surau tersebut, orang tersebut bukan orang tempatan tetapi merupakan pekerja astet kelapa sawit dan bukan warganegara. Menurut orang kampong, orang tersebut keluar ke surau apabila penduduk kampong meminta dia beredar balik ke rumahnya, tetapi pemuda tersebut cuba pergi mencari parang dengan mengatakan akan menyerang semua yang ada di dalam surau. Alhamdulillah penduduk bukan Islam memahaminya dan menyekat orang tersebut dan suasananya kembali aman.
Begitulah pengalaman kami kali ini dalam menyampaikan seruan kepada penduduk kampong tersebut yang serba kekurangan dari segi pemahaman agama Islam, tandas surau, tangki air dan bekalan air surau juga tidak ada,cuma yang ada hanya anak air sungai disebelah surau. Sepanjang kami berprogram disitu, ada juga penduduk bukan Islam yang datang memeriahkan bersama program kami. Mudah-mudahan penduduk kampung di situ mendapat hidayah dan sentiasa dikekalkan imannya. Moga-moga kedatangan kami memberikan sedikit ilmu kepada penduduk Kg Lungkidau. Wallahualam..
Lori balak yang tersangkut tak dapat menaiki bukit dan menghalang perjalanan kami ke Kg Lungkidau.
Bentuk jalan yang kami kena lalui termasuklah anak sungai yang agak deras.
Terpaksa memakai rantai kerana tersangkut tak dapat menaiki jalan yang agak berlumpur.
Terpaksa menarik kereta dan kami cuba meratakan jalan yang agak dalam lumpurnya.
Suasana hari pertama kami di Surau Kg Lungkidau.
Suasana pada waktu Subuh selepas solat Subuh. Seorang makcik datang berjemaah dengan kami.
Sementara menunggu sarapan pagi.
Imam Sapinin dan belia sukarela kita sedang menyediakan sarapan pagi.
Kereta Jabatan yang dipenuhi lumpur.
Suasana di luar kawasan surau yang agak berlumpur.
Jenis rumah yang terdapat di Kg Lungkidau.
Imam Jamirin membina tempat jemuran.
Tangga surau yang dibina daripada batang pokok..
Ceramah 1 yang disampaikan oleh Us Nordin Azmain Abd. Salam.
Mendengar ceramah yang disampaikan oleh Us Nordin.
Anak-anak kecil di Kg Lungkidau yang beragama Islam dan juga bukan beragama Islam turut bersama-sama memeriahkan program di Surau.
Pratikal Solat secara berkumpulan.
Pratikal cara mengambil wuduk.
Makcik sedang berusaha menghafal tertib cara mengambil wuduk.
Ayam kampung untuk pratikal cara sembelihan menurut syarak.
Suasana selepas solat Maghrib dan pengisiannya adalah membaca Yassin.
Suasana dalam slot sesi dialog (Soal jawab).
Soalan yang ditanya oleh penduduk kampung.
Majlis Jamuan Terakhir sebelum bertolak balik.
Dah nak balik ni..
Melalui jalan darat semasa nak balik..
Bentuk jalan berlumpur
Moga-moga bertemu lagi di lain program dan seterusnya program akan datang pada 19 Disember 2011 (Isnin) akan dilancarkan di Kg Merungin 1. Jom joinlah kami bersama... Wassalam...