Khamis, 26 Julai 2012

Program Bantuan Ummah Kg matupang




PROGRAM ZIARAH MAHABBAH & BANTUAN UMMAH DI KG MATUPANG.

Tempat : Kg Matupang.
Tarikh : 14 Julai 2012 (Sabtu)
Anjuran : HILAL Penerbangan Malaysia Kerjasama Penggerak Dakwah JAKIM & JHEAINS Ranau.

RANAU, Kg Matupang: Program Ziarah Mahabbah yang dilancarkan di Kg Matupang pada 14 Julai 2012 (sabtu) bermula dari pekan Ranau ke Kg Matupang yang memakan masa perjalanan selama 45 minit (40 km). Kami bertolak dari Masjid Ar Rahman Pekan Ranau kira-kira jam 7. 45 am dan sampai di Kg Matupang kira-kira jam 8 lebih. Alhmdulillah sesampai kami di Kg Matupang kami terus menuju ke tapak pembinaan rumah Pn. Nadra Abdullah (Muallaf) yang kematian suami dan mempunyai 2 orang anak. Beliau merupakan sasaran Bantuan Ummah kali ini..

Sesampai kami di tapak perumahannya kami disambut dengan meriah oleh penduduk kampung Islam yang tinggal berhampiran dengan puan Nadra. Imam Amin Abd Salam dan Imam Haidi Badwi merupakan orang tengah yang banyak membantu melancarkan program tersebut. Ketua rombongan HILAL Penerbangan Malaysia Haji Mahmud bersama Ust. Kamal Ashaari dan Mohammad Sharif telah melancarkan bantuan tersebut sebanyak 30 buah keluarga. Sebelum penyerahan bantuan tersebut, Ust Kamal Ashaari telah memberikan sedikit amanat serta tazkirah agar penduduk kampung di situ sentiasa bersatu dan menguatkan akidah sebagai Islam. Ust Kamal juga telah mengetuai bacaan doa dan semua penduduk kampung yang ada ketika itu mengaminkannya..

Seterusnya kami bertolak pergi menziarahi 3 orang sasaran dari rumah ke rumah dan sempat berramah mesra sasaran tersebut. Puan Normah Abdullah yang kurang berkemampuan dan dikatakan berumur 130 tahun yang masih cerdas mindanya, Puan Langaya Belintang (Muallaf) dan En Samuel Balintas (Muallaf).

Moga-moga program sedemikian dilancarkan lagi dari masa ke masa dan moga NGO- NGO Islam lain turut datang mengadakan lagi program sedemikian di daerah Ranau. Sekian wassalam untuk kali ini.. moga berjumpa lagi..

3 ulasan:

  1. Ngam lah ni tobpinai..........

    BalasPadam
  2. Aik....lagu nasyid Maher Zain? macam lagu rohani juga tu tobpinai. Kasi lah lagu-lagu nasyid tempatan yang ada bunyi gambus,kompang,rebab kah gitu.....

    BalasPadam
  3. Ponsikou.. InsyAllah akan datang bagi pula lagu latar nasyid tempatan.. sebelum ini memang guna lagu tmptn..

    BalasPadam

Beri komen anda..
Agar kami boleh memperbaiki kelemahan..