Sabtu, 31 Oktober 2009

Ziarah Ke Surau Kg.Bundu Tuhan









Assalammualaikum w.t.b...
"Ya Allah.. Ampunkanlah segala dosa kami, dosa kedua orang tua kami, dosa anak dan isteri kami, ahli keluarga kami serta kaum muslimin dan muslimah.. berikanlah kami kekuatan dalam meneruskan ujian Mu, Ya Allah..Golongkanlah kami golongan orang-orang yang bertaqwa dan golongan orang yang beriman.. Amin.."

Ketika kami melancarkan ziarah ke surau di kg.Bundu Tuhan, kami telah mendapati keadaan surau tersebut sangat kotor... Sebenarnya sebulan yang lalu surau tersebut sudah pun di bersihkan.. tetapi kali ini kami datang untuk membersihkan lagi surau tersebut yang dipenuhi dengan tahi lembu.. perkara yang menghairankan kami adalah, Pintu pagar surau dikunci, Pintu surau juga di kunci dan rumah imam juga tertutup rapat, tetapi persoalannya bagaimana lembu boleh masuk ke dalam kawasan surau, juga di dalam surau, juga di dalam rumah imam, dan perkara yang tidak masuk akal lagi adalah bagaimana lembu boleh masuk ke dalam tangki air untuk mengambil wuduk?.. Mungkin inilah ujian yang Allah berikan kepada kami.. Keadaan begini jugalah yang telah menguatkan semangat perjuangan kami, itulah hikmahnya.. bak kata pepatah "Orang duduk diatas tanah sekali-kali tidak akan jatuh dan orang tidak akan menendang anjing yang mati".. Wahai kaum muslimin dan muslimat.. Marilah kita bersama-sama berdoa agar semua Rumah Allah kita tak akan sekali-kali dimasuki oleh lembu lagi, juga marilah kita semua bersatu padu dalam membudayakan fahaman kita sebagai  umat Islam.. InsyAllah...

Jumaat, 30 Oktober 2009

Mega Konvoi Dakwah Bermotor




 
 
 
 
 
 
 
 
 
Program Mega Konvoi Bermotor yang dilancarkan dari Kundasang hinggalah ke Kg.Tontolob Tambunan atas kerjasama Pusat Latihan Islam Kundasang JAKIM, JHEAINS Ranau dan Tambunan serta Penggerak Dakwah JAKIM.. Sebelum dilancarkan Mega Konvoi ini, kami datang buat Ziarah Qariah bersama-sama dengan Staf JHEAINS Tambunan untuk membincangkan serta meninjau laluan serta kawasan terakhir Mega Konvoi Bermotor ini. kami sempat lagi makan bersama-sama di sungai Tontolob.. kemudian perjalanan seterusnya adalah menguruskan program ini dari A - Z, sehinggalah pihak media akhbar turut berkerjasama dan begitu juglah jabatan-jabatan lain turut berkerjasama termasuklah Polis dan RELA yang banyak membantu kami.. akhirnya perjalanan tersebut disertai kira-kira 400 lebih peserta yang mengikuti porgram ini dan yang menariknya bukan sahaja yang beragama islam tetapi juga kepada yang bukan beragama islam turut memeriahkan program ini.. Terima kasih kepada JHEAINS Tambunan serta teman seperjuangan iaitu Syarifah Nurul Iman (Penggerak Dakwah Tambunan) atas kerjasama yang sangat baik sepanjang program ini berjalan.. Kali ini banyak pihak yang berjasa.. terima kasih...

Ramah Mesra Bersama Mantan Imam Daerah.. Mudah-mudahan sembuh daripada pembedahan mata.

Syukur ke hadrat illahi, salam sejahtera ke atas junjungan Nabi Muhammad saw.


Suatu masa, berita telah sampai kepada kami tentang mantan imam daerah Ranau (Imam Abd.Hamid), beliau kurang sihat dan baru sahaja selesai dalam pembedahan matanya.. ketika kami datang beramai-ramai kat rumahnya, kami disabut dengan ramah.. sehinggalah di akhir pertemuan kami, rupa-rupanya mantan imam daerah tak dapat mengecam kami kerana penglihatannya masih kurang jelas...





Mudah-mudahan Imam akan sentiasa diberikan kesihatan dan dikuatkan imannya.. Amin..

Ziarah Keluarga En.Samuel Balintas.









Syukur Alhamdulillah.. Akhirnya keluarga En.Samuel Bin Balintas sekeluarga telah memeluk Islam. Anak pertamanya Farhan Abdullah yang lebih dahulu memeluk Islam kerana kesihatannya yang kurang sihat, akhirnya ust. Mohd Nordin Azmain telah merawat adik Farhan dengan ayat suci Al Quran.Dengan izin Allah maka adik Farhan semakin sembuh dan terus memeluk islam.. Akhirnya pada 26.06.2009 En.Samuel dengan keluarganya memutuskan memeluk islam bertempat di masjid nurul iman kg.Matupang Ranau. Syukur Alhmdulillah.. Namun demikian keluarga En.Samuel (Mohd Ismail) telah mendapat tentangan hebat daripada saudara disebelah, walaupun En.Samuel seorang OKU dan Isterinya sarat mengandung serta anak-anaknya masih kecil namun mereka tetap tabah menghadapinya.. Anak pertamanya Farhan berjaya kami hantar ke Pusat Latihan Dakwah Keningau, anaknya 2 orang ke Rumah Putra Harapan (RPH) Ranau dan seorang lagi sedang dididik ilmu agama di Kg.Matupang kerana anaknya yang ini (Irsyhad) sangat berbakat. Dia belajar azan hanya sehari ja dan cantik lunak suaranya (baru tahun 5).. InsyAllah.. sesiapa nak jumpa keluarganya, hubungilah kami di talian 0168253938 (Mohd Sobi Hadipin)..