Jumaat, 30 Oktober 2009

Mega Konvoi Dakwah Bermotor




 
 
 
 
 
 
 
 
 
Program Mega Konvoi Bermotor yang dilancarkan dari Kundasang hinggalah ke Kg.Tontolob Tambunan atas kerjasama Pusat Latihan Islam Kundasang JAKIM, JHEAINS Ranau dan Tambunan serta Penggerak Dakwah JAKIM.. Sebelum dilancarkan Mega Konvoi ini, kami datang buat Ziarah Qariah bersama-sama dengan Staf JHEAINS Tambunan untuk membincangkan serta meninjau laluan serta kawasan terakhir Mega Konvoi Bermotor ini. kami sempat lagi makan bersama-sama di sungai Tontolob.. kemudian perjalanan seterusnya adalah menguruskan program ini dari A - Z, sehinggalah pihak media akhbar turut berkerjasama dan begitu juglah jabatan-jabatan lain turut berkerjasama termasuklah Polis dan RELA yang banyak membantu kami.. akhirnya perjalanan tersebut disertai kira-kira 400 lebih peserta yang mengikuti porgram ini dan yang menariknya bukan sahaja yang beragama islam tetapi juga kepada yang bukan beragama islam turut memeriahkan program ini.. Terima kasih kepada JHEAINS Tambunan serta teman seperjuangan iaitu Syarifah Nurul Iman (Penggerak Dakwah Tambunan) atas kerjasama yang sangat baik sepanjang program ini berjalan.. Kali ini banyak pihak yang berjasa.. terima kasih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Beri komen anda..
Agar kami boleh memperbaiki kelemahan..