1. Ekonomi
1. Masalah
utama kebanyakan masyarakat di daerah adalah masalah kekuatan ekonomi isi
rumahtangga. Kebanyakan pengakuan penduduk-penduduk yang ditemubualkan mengaku
bahawa mereka adalah miskin tegar dan mereka tidak dapat melakukan sebarang
aktiviti seperti aktiviti keagamaan atas dasar kekurangan kewangan.
2. Saudara
baru yang berpisah dengan keluarga setelah memeluk agama islam juga tidak ada
tempat tinggal. Ramai saudara baru yang memeluk agama islam telah mendapat
tentangan keluarganya sehingga diusir dari rumah keluarganya. Pihak Jabatan
Agama juga kurang dapat menyediakan tempat tinggal kepada golongan tersebut.
3. Jabatan
agama menghadapi kekurangan dana dalam melaksanakan program keagamaan sehingga
menyebabkan banyak program besar gagal dilaksanakan. Walau bagaimanapun pihak
kami mengambil inisiatif dalam perkara tersebut dengan kaedah memperbanyakkan
ziarah-ziarah kepada masyarakat seperti Ziarah Qariah, Ziarah Mahabbah dan
Ziarah Saudara Kita. Program ini tidak memerlukan kos yang banyak dan Cuma memerlukan
kos peribadi setelah semua ahli yang mengikuti program tersebut bersetuju
mengumpulkan dana dari poket masing-masing.
4. Cabaran
seterusnya yang kami hadapi adalah tuntutan bantuan zakat dan bantuan bulanan
daripada penduduk-penduduk. Perkara tersebut menjadi serius kerana pusat zakat
mempunyai kota yang terhad untuk daerah-daerah di seluruh Sabah, sedangkan
pemohon-pemohon bantuan kewangan tersebut terlalu ramai dan masalahnya ramai
penduduk menyatakan ketidakpuasaan hati kepada jabatan agama kerana gagal
mendapat bantuan tersebut.
5. Cabaran
Jabatan Agama untuk daerah Ranau juga adalah dari segi kekurangan kemudahan
untuk kegunaan dalam aktiviti dakwah islamiah seperti kenderaan, projector, dan
sebagainya.
2. Sosial.
1. Gaya
masyarakat yang berbeza dikalangan semua lapisan masyarakat. Golongan
kanak-kanak kebiasaannya yang akan datang ke program-program keagamaan,
golongan remaja dan belia sangat kurang melibatkan diri dalam aktiviti
keagamaan dan yang merisaukan lagi ramai golongan ini yang terlibat dengan
gejala sosial seperti kes arak, khlawat, zina dan perkara-perkara yang tidak
baik yang lain. Manakala golongan ibu bapa pula, golongan wanita sahaja yang
lebih dan ramai melibatkan diri. Golongan bapa sangat-sangat kurang melibatkan
diri misalnya dalam kelas-kelas bimbingan yang ditubuhkan, kelas terdiri
daripada 4 buah kelas dan mempunyai 100 lebih orang pelajar, Cuma 4 orang
sahaja pelajar bapa (di satu tempat kelas penggerak), contoh lain lagi di satu
tempat (tidak dinyatakan kampungnya) langsung tidak mempunyai pelajar lelaki.
Adapun beberapa tempat didaerah Ranau ini golongan bapa aktif melibatkan diri,
terima kasih kepada mereka.
2. Cabaran
yang besar dihadapi oleh Jabatan Agama juga adalah gerakan kristianisasi
diseluruh pelusuk daerah Ranau. Sedia maklum bahawa etnik terbesar di daerah
ini adalah berbangsa dusun dan mengikut jumlah penganut agama terbesar bagi
daerah ini adalah penganut agama kristian (30,613
orang menurut data bancian
tahun 2000).
Banyak kawasan di daerah merupakan tempat kuat gerakan tersebut misalnya Kg
Bundu Tuhan, Kg Kibbas, Kg Muruk, Kg Perancangan, Kg Bongkud dan banyak lagi
kawasan yang minoriti adalah beragama Islam.
3. Cabaran
kepada Jabatan Agama daerah Ranau yang seterusnya adalah masyarakat yang masih
lagi berjinak-jinak dengan agama Islam, boleh dikatakan 85% masih jahil agama.
Ramai masyarakat yang belajar agama Islam tetapi ramai yang tidak mengamalkan
ajaran Islam sebenar.
4. Masalah
yang dihadapi juga adalah tenaga pengajar atau pendakwah di setiap kampong sangat
kurang dan menyebabkan melambatkan gerakan penyampaian ilmu agama Islam kepada
masyarakat.
3.Budaya.
1. Penduduk
di daerah Ranau mempunyai seribu macam adat dan budaya yang masih lagi
diamalkan daripada datuk nenek moyang. Amalan minum tapai masih lagi berleluasa
dan begitu juga dengan minuman keras. Adat-adat yang tidak disokong oleh agama
Islam juga masih ada dan sangat sukar dibendungkan. Amalan ini menyukarkan
penerapan nilai –nilai ajaran Islam masuk ke dalam jiwa masyarakat tertentu.
2. Budaya
orang dusun yang terkenal dengan kelembutannya juga mempengaruhi penerapan
nilai-nilai murni dalam jiwa mereka. Andainya nilai-nilai songsang yang
mendahului masuk kepada mereka maka sangat sukar untuk memasukkan semula
nilai-nilai Islam. Ini kerana mereka mudah dipengaruhi dan mudah percaya dengan
apa yang ada dihadapan mereka.
4. Politik.
1. Politik
di daerah Ranau memainkan peranan penting dalam perubahan budaya kepada
masyarakat. Contohnya, selepas pemerintahan British yang banyak meninggalkan
kesan kepada masyarakat (fahaman kristianisasi) maka bertukar pemerintahan pada
zaman USIA/USNO yang mencatatkan sejarah pengislaman secara mendadak
sehinggakan negeri Sabah secara rasminya menjadi agama rasmi Islam. Tetapi
setelah pemerintahan PBS, banyak kes murtad telah berlaku dan kini adalah zaman
pemerintahan Barisan Nasional(UMNO), mudah-mudahan hasilnya adalah yang baik
kepada agama Islam.
2. Cabaran
bagi kita juga adalah pemimpin wakil rakyat di daerah Ranau bukan beragama
Islam, keadaan ini membawa kesan yang sangat halus kepada masyarakat kerana mereka
boleh berda’yah kepada masyarakat atas pengaruh sebagai wakil rakyat.
Setakat ini sahaja buat masa ini,
masalah-masalah lain tidak dapat dinyatakan atas sebab mempunyai isu-isu sensitive
kepada beberapa pihak yang terlibat. Sekian..
insyaAllah..kami remaja islam ranau akan membantu gerak kerja dakwah..kini kami sedang mengusahakan projek ekonomi dakwah dan pusat pendidikan tahfis dan saudara baru..doakan kami dalam usaha untuk membangunkan ekonomi dakwah kita..
BalasPadam