Isnin, 2 November 2009

Program Pengurusan Jenazah Kg.Dumpiring Atas




 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalammualaikum w.t.b.


Program ini dilancarkan atas permintaan masyarakat di Kg.Dumpiring Atas. Anjuran JAKIM kerjasama dengan JHEAINS Ranau ini telah mendapat perhatian yang sangat baik daripada masyarakat kampung tersebut. Kedatangan awal pagi kami ke surau tersebut telah disambut oleh penduduk dengan penuh meriah. Kami memulakan program pertama iaitu sesi ceramah yang disampaikan Oleh Imam Hainin Abdullah (Imam Qariah Pekan Ranau), sepanjang ceramah beliau, penduduk kampung tersebut tidak terlelap mata kerana imam menunjukkan macam-macam gaya yang agak melucukan, boleh dikatakan memecah perut.
kemudian kami teruskan dengan program pratikal pengurusan jenazah yang akan diuruskan oleh peserta itu sendiri atas bimbingan pegawai-pegawai kami. Seterusnya kami laksanakan tontonan video yang menayangkan tentang kebesaran Allah, golongan-golongan orang yang tidak bersyukur, kematian dan kesedaran. Seterusnya aktiviti terakhir kami adalah sesi dialog yang mana semua penduduk bebas melontarkan soalan. Dalam sesi ini kami membuat satu andaian yang penduduk kampung tersebut dibayangi dengan masalah sosial anak-anak . Mudah-mudahan penduduk kampung tersebut mendapat kekuatan dalam membimbing anak-anak daripada terpengaruh budaya yang kurang sihat. sekian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Beri komen anda..
Agar kami boleh memperbaiki kelemahan..