Ahad, 8 November 2009

Program Mesra Desa Kg.Mesilou


Program Mesra Desa Bersama Penduduk Kg Mesilou



 
 
 
 
Rindu Zaujah ker?


Adik ni pun khusyuk melihat..


 
 
 
 
 
 
 



Assalammualaikum w.t.b..


Kg.Mesilou Kundasang , 05 November 2009. Program Mesra Desa di Kg.Mesilou yang diketuai oleh Imam Qariah Imam Majili Masdin, syukur Alhamdulillah kerana kami telah selesai dengan jayanya program tersebut yang mana sudah lama penduduk kampung tersebut menginginkan program daripada jabatan agama. Program awal yang dilaksanakan adalah ceramah tentang kematian yang disampaikan oleh Imam Qariah Pekan Ranau (Imam Hainin Abdullah), kemudian program seterusnya adalah bengkel pengurusan jenazah yang dikendalikan oleh Us.Masnin Abdullah, Imam Majili Masdin, Imam Firdaus Juhilie, Imam Rabinin, Puan Jutimeh dan Puan Asrinah. Seterusnya selepas solat zuhur dan makan tengahari, tontonan video yang dikendalikan oleh us.Mohd Sobi Hadipin (penggerak dakwah). menutup tirai program kami adalah sesi dialog yang dikendalikan oleh Us.Nordin Azmain yang mana program ini adalah kemunccaknya dan masyarakat bebas bertanya apapun soalan.. 

Program Kami Seterusnya di Kg.Matupang "Program Mesra Desa" pada 11 hingga 13 November 2009..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Beri komen anda..
Agar kami boleh memperbaiki kelemahan..