Rabu, 2 Disember 2009

Program Mesra Desa Kg.Matupang Selama 3 hari..


 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 Majlis Pengislaman makcik selimpoi Intaran dengan nama islamnya Siti Salmah

Assalammualaikum w.t.b.


Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya program mesra desa di Kg.matupang telah membawa satu kejayaan dan hikmah yang paling besar.. Program tersebut dijalankan selama 3 hari (11 - 13 November 2009). Pada hari pertama kami dapat beramah mesra bersama penduduk setempat dan sekitar.. walaupun jumlah pesertanya tidak ramai kerana minoriti Penduduk Islam kawasan tersebut.. tetapi peserta memberikan komitmen yang sangat baik.. Hari Kedua kami berjaya memberikan tunjuk ajar tentang tahsin solat dan juga tontonan video.. Kesannya, seorang makcik yang memang minat memeluk Islam telah bertekad untuk memeluk islam dan syukur Allahmdullilah majlis pengislaman dilaksanakan iaitu Makcik Selimpoi Intaran yang diberi nama Siti Salmah.. Mudah-mudahan Allah sentiasa berikan kita kekuatan iman dalam menjalankan Dakwah Islamiah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Beri komen anda..
Agar kami boleh memperbaiki kelemahan..