Jumaat, 5 Februari 2010

Kursus Pemantapan Sahsiah Dai'e di Pusat Latihan Islam Kundasang..

Assalammualaikum wtb... Pada tarikh 26/01/2010 hingga 28/01/2010, program Pemantapan Sahsiah Daie yang telah dianjurkan Unit Dakwah JAKIM Caw.Sabah dengan kerjasama Pusat Latihan Islam Kundasang JAKIM Caw.Sabah telah dilancarkan yang pesertanya terdiri dikalangan Penggerak Dakwah di seluruh Sabah dan PPTA JHEAINS di Seluruh Sabah. Bagi kami, pengisian program tersebut sangat baik dan berpuas hati.. memang best.. haa aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut ialah........... 



Banyak mengeluarkan stamina.. riadah..




Kami telah bersukan dengan perlawanan persahabatan dengan penduduk kampung yang berhampiran iaitu acara futsal, bola tampar, sepak takraw dan badminton... jelas Ukhwah dapat dieratkan disini...



Riadah selepas solat subuh.. memang sejuk... sebelum kami bertolak merentasi desa di kaki gunung..




Kebun-kebun sayur yang sangat cantik mata memandang.. ini merupakan perjalanan pertama kami sebelum melalui laluan seterusnya...


Laluan seterusnya adalah kandang kambing dikawasan tersebut.. Untuk pengetahuan semua pembaca, kambing ternakan dikawasan tersebut tak hidup kerana keadaannya yang sejuk, tapi kambing yang diternak dalam kandang InsyAllah akan menjadi dengan izin Allah..



Akhirnya Kami sampai ditempat destinasi kami iaitu dirumah satu tiang...



Tentu penat... semua kepenatan kerana bukit yang didaki tinggi dan ditambah dengan sejuk yang mengigit..



 
  

Majlis yang terakhir adalah majlis penangguhan... Mudah-mudahan ikatan uhkwah tererat padu.. jangan ada dendam antara satu sama lain.. Lain masa pasti akan bertemu lagi.. Amin...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Beri komen anda..
Agar kami boleh memperbaiki kelemahan..