Bissmillahhirahmannir Rahim...
Assalammualaikum wtb.. kira-kira setahun lebih sudah bertugas di daerah Ranau.. banyak kenangan manis yang diperolehi dan banyak juga kenangan pahit yang dirasai.. InsyAllah, saya wakil kepada semua teman-teman Penggerak Dakwah di seluruh Sabah ingin mengingatkan serta menerangkan tentang tugas hakiki kami.. Mudah-mudahan senarai tugas utama kami ini masyarakat akan memahaminya... kalau kita diberi tugas, janganlah kita lalai hingga mengabaikan tugas utama. Mudah-mudahan Allah memberkati serta meredhai semua kerja yang dilakukan ini.. Walaupun kadang kala kita lari daripada senarai tugas utama, namun tak juga kita lupai tugas utama kita itu, semua itu adalah semata-mata kerana keperluan masyarakat.. InsyAllah..
Penggerak Dakwah JAKIM.
Senarai Tugas;-
- Menyampaikan seruan penerangan tentang Islam kepada masyarakat.
- Merancang dan mengatur program yang sesuai bagi menarik minat masyarakat kepada Islam.
- Merancang dan mengadakan kelas-kelas dan pengajian.
- Melaksanakan dengan agensi-agensi Kerajaan dan NGO dalam menyelaras dan melaksanakan program yang berkaitan.
- Mengurus pendaftaran dan hal ehwal Kebajikan Saudara Baru yang memeluk agama Islam di Pejabat Agama Islam Negeri.
- Memberi bimbingan nasihat kepada masyarakat dalam perkara ekonomi, sosial dan kehidupan.
- Mengendalikan urusan kematian Saudara Baru dan kebajikan ahli keluarganya.
- Mengesan dan mengawasi aktiviti dalam dan luar yang mempengaruhi dan menimbulkan sikap negatif terhadap masyarakat Islam.
- Bertanggungjawab menyediakan laporan aktiviti bulanan dan tahunan.
- Mengumpul data penduduk di kawasan bertugas dan membantu kajian yang dijalankan oleh Ibu Pejabat.
- Menjalankan tugas yang diarah dari semasa ke semasa.
Penggerak Dakwah di Bumi Sabah dah semakin bertambah.. Selamat datang ke Bumi Sabah Wahai Penggerak Baru yang baru tiba iaitu seramai 9 orang yang sedang bertugas di Ibu Pejabat JAKIM Cawangan Sabah di Kota Kinabalu.. Kami mengalu-alukan kedatangan mereka. Selamat Datang dan Selamat bertugas buat ;-
- Ismail Bukhari (Sabah)
- Shareza Al Fatu (Sabah)
- Mohd Shofry Abd Rahman (Sabah)
- Jumat Hj Ibrahim (Sabah)
- Mohd Kamar Bin Daud (Kelantan)
- Mohd Marzuki Mohd Taha (Kedah)
- Zaidi Bin Karim (Kedah)
- Rahman Bin Bakhri (Sabah)
- Mohd Mukhsin Othman (Kedah).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Beri komen anda..
Agar kami boleh memperbaiki kelemahan..