Assalammualaikum wtb.. Untuk tahun 2010 yang sudah berlalu, tidak banyak yang dimasukkan ke dalam blog ini, InsyAllah untuk tahun baru ini iaitu 1432H / 2011M, blog ini akan cuba diaktifkan semula.. Sebagai permulaan bagi tahun baru Hijriah ini maka penulis ingin berkongsi sedikit ilmu yang berkaitan dengan tahun baru islam iaitu Bulan Muharam. Kita semua mengetahui bahawa bulan Muharam merupakan bulan permulaan bagi tahun Islam, pendek kata kalau dalam tahun masihi namanya adalah bulan Januari..Tetapi kita tidak bercerita tentang bulan Januari tetapi bulan Muharam..Bulan Muharam dinamakan sempena perkataan "Haram" atau "pantang". Rasulullah saw memberikan nama tersebut kerana pada bulan tersebut dilarang berperang dan pertumpahan darah. Setelah berlakunya sejarah terbesar kegemilangan Islam iaitu pembukaan kota Madinah oleh Rasulullah saw, maka Nabi kita telah menarik balik pengharaman tersebut dan boleh menjalankan aktiviti dan ibadah-ibadah lain. Maknanya disini, bagi masyarakat kita di Ranau mahupun di seluruh Sabah yang mempunyai kepercayaan atau adat yang mempercayai bulan Muharam ini merupakan bulan yang tidak boleh melakukan aktiviti-aktiviti seperti perkahwinan, mula menapak atau membina rumah dan pelbagai ibadah-ibadah lain sebenarnya telah pun ditarik balik oleh Nabi kita seperti dalam sejarah bulan Muharam diatas tadi. Maksudnya kita boleh menjalankan ibadah tersebut dan janganlah kita terlalu menyangka tentang sialan yang bakal berlaku. Tidak ada sialan dan jangkitan pada bulan tersebut, kita takut pemikiran kita akan terbantut akibat sangkaan tersebut. Adapun semua yang berlaku pada bulan tersebut adalah semata-mata kerana takdir atau secara kebetulan sahaja. Penulis menegaskan begini kerana bulan tersebut adalah bulan yang mempunyai seribu macam keberkatan. Sebagaimana seorang sahabat Rasulullah saw bertanya kepada baginda tentang Asyura (10 Muharam) dan Rasulullah saw menjawabnya, Ya, Allah telah melebihkan Asyura kerana pada hari Asyura bumi dan langit ini dijadikan, pada hari Asyura juga bukit-bukit dan lautan dijadikan, pada hari Asyura juga dijadikan Lu Mahfuz dan Qalam Allah, pada hari Asyura juga Nabi Adam dijadikan dan dimasukkan ke dalam syurga, pada hari Asyura juga Allah swt menerima taubat Nabi Adam dan Nabi Daud, pada hari Asyura juga doa Nabi Ayub dimakbulkan dan pada hari Asyura juga orang-orang yang beriman bebas daripada Firaun, dan pada hari Asyura juga Firaun telah lenyap daripada dunia setelah lemas dilautan. Pada hari Asyura juga akan berlakunya Qiamat.
Jelas bahawa bulan Muharam ini penuh dengan sejarah pembangunan kehidupan alam semesta. Penulis juga ingin menambah bahawa sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharam maka pelbagai kelebihan yang kita perolehi seperti mendapat ganjaran pahala umpama sepuluh ribu malaikat-malaikat, sepuluh ribu haji dan umrah dan banyak lagi kelebihannya. Oleh itu, konsep bulan Muharam yang penuh dengan sialan apabila menjalankan sesuatu ibadah yang difahami dan dipercayai oleh segolongan masyarakat terutamanya di Daerah Ranau ini bolehlah penulis ingin mengajak dan membawa kita hidupkan pelbagai ibadah yang baik terutamanya 10 Muharam ini demi mendapatkan keberkatan dan mudah-mudahan semua ini adalah wasilah untuk memperkukuhkan akidah kita terhadap Allah swt. Kita akan bersualah di masa akan datang, Wallahualam..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Beri komen anda..
Agar kami boleh memperbaiki kelemahan..