Isnin, 21 November 2011

Ziarah Hari Raya di Kg Betong Tinanom Ranau



BETONG Tinanom: 26 September 2011, Program Ziarah Hari Raya Kg Betong Tinanom diadakan yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Ranau (JHEAINS) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan sasaran Saudara Kita di kampung tersebut.Sasaran untuk program ini ialah 6 orang adik beradik yang memeluk Islam pada tahun 2008 yang diislamkan oleh Us.Ahmad Masnin Abdullah iaitu Alexius Soutin 22,Handryus Soutin 20,Jamilah Soutin 16,Jamilus Soutin 15,Jelisah Soutin 14,Emelia Soutin 13.Mengikut profail kampung tersebut jumlah penduduknya seramai 134 orang dan Cuma 6 orang sahaja yang beragama Islam. kira-kira jam 09.45 pagi rombongan ziarah hari raya ke kg Betong Tinanom berkumpul di Rumah Putra Harapan (RPH) pekan Ranau,kenderaan untuk perjalanan tersebut ialah kereta JHEAINS Daerah Ranau, kereta ABIM, KEMBARA dan 5 buah motor. Selepas membaca doa rombongan mula bertolak kira-kira pada jam 10.30 pagi. Pada jam 1.15 petang sampai di Kg.Tompios untuk melaksanakan solat Zuhur secara berjemaah dan sementara itu rombongan tersebut mengisi perut dengan meminum air kelapa sahaja. 

Rombongan mula bertolak meneruskan perjalanan ke Kg Betong Tinanom kira-kira jam 2.00 petang dan sampai di tempat terakhir kenderaan boleh masuk (tempat letak kereta untuk ke Kg Betong Tinanom) kira-kira jam 3.15 petang yang disambut oleh keluarga muallaf tersebut dan rangkaian telefon kawasan tersebut tidak ada . Kemudian setelah semua barang-barang makanan dan barang peribadi dikeluarkan dari kenderaan maka ahli rombongan bersama ahli keluarga muallaf tersebut mula mengangkat barang-barang untuk meneruskan perjalanan secara jalan kaki yang memakan masa perjalanan selama hampir sejam untuk sampai ke tempat kediaman mereka. Sepanjang perjalanan kaki ke tempat kediaman, cuacanya tidak terlalu panas kerana perjalanan tersebut melalui hutan-hutan dan tumbuh-tumbuhan yang bersaiz tinggi sehingga ada jalan yang tidak disinari matahari dan agak berlumpur serta keadaan gelap-gelap dan terpaksa melalui jambatan-jambatan kecil yang dibina daripada bulu. Sampai sahaja di kampung tersebut maka rumah yang dibina agak berselerak dan berjauhan yang dibina daripada bulu dan yang uniknya, rumah-rumah lain tidak kelihatan disebabkan diliputi hutan dan menjadikan suasananya agak sunyi seperti tiada penghuni.
Kemudian kami meneruskan perjalanan lagi untuk sampai ke rumah kediaman mereka dan terpaksa melalui satu lagi hutan-hutan kecil. Kami sampai di rumah kediaman tersebut kira-kira jam 4.31 petang dan rumah mereka agak besar iaitu 20’X30’ yang dibina daripada kayu serta masih baru. Menurut temubual, rumah yang dibina tersebut adalah hasil sumbangan pihak YADIM setelah rumah lama mereka terbakar yang sendiri diurus oleh orang yang mengislamkan mereka iaitu Us Ahmad Masnin Abdullah yang disaksikan pengislaman oleh Us Rosli Md Zaini dan Us Sapinin Jahasin pada tahun 2008 dan rumah tersebut dibina pada tahun 2010. Menurut mereka, bahan-bahan mentah untuk pembinaan rumah tersebut terpaksa diangkat dengan menggunakan tenaga manusiadan sewa pengangkutan bahan mentah dari pecan Ranau hingga tempat letak kereta sebnyak Rm900. Kawasan tempat kediaman mereka dikelilingi dengan pokok-pokok besar dan bukit terus madi (hutan bukit sempadan Ranau Tambunan) Nampak dengan jelas, keadaan agak mendesak lagi kerana tandas tidak ada dan menurut keluarga muallaf tersebut tandas disediakan dengan istilah “tandas terbang” yang bermaksud najis boleh dibuang didalam hutan yang berdekatan rumah kediaman mereka dan sumber air mereka Cuma air pancuran dan air mata air yang dibekalkan sebuah tangki yang disumbangkan YADIM bersama-sama pembinaan rumah tersebut. 
Setelah semua ahli rombongan sampai di rumah tersebut maka masing-masing ahli rombongan yang terdiri daripada imam-imam qariah, imam rawatib, ustaz-ustaz serta belia sukarelawan mengambil tugas sendiri, ada yang memasak, ada yang menyediakan khemah untuk tempat tidur dan ada yang menyediakan kayu api. Keluarga muallaf yang terdiri daripada 6 orang beradik Cuma tersenyum melihat gelagat kami dan mereka kelihatan sangat seronok dan gembira lalu menyediakan senapang buatan sendiri yang dinamakan “Ginsok” untuk mereka turun pergi berburu pada waktu malam nanti. Makanan pertama kami setelah solat asar dan sementara menunggu solat maghrib ialah Maggie pedas satu besin yang disertakan limau kasturi. Alhmdulillah kelihatan keluarga muallaf tersebut makan bersama-sama kami umpama satu keluarga besar. Perkara yang menarik disini ialah keluarga mereka yang bukan muslim turut datang bersama-sama untuk memeriahkan aktiviti kami selama 3 hari 2 malam dan turut tidur di rumah tersebut.
Semasa kami solat maghrib secara berjemaah, keluarga muallaf serta bukan muslim tersebut memerhatikan kami dengan khusyuk umpama menonton TV dan duduk diam termasuklah kanak-kanak kecil. Selepas solat maghrib kami adakan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh Us Ahmad Masnin serta sesi taaruf dengan keluarga muallaf serta bukan muslim tersebut. Dalam temubual itu banyak perkara yang kami dapat dan belajar khususnya berkaitan kampung tersebut seperti jumlah rumah disitu sebanyak 10 buah yang didiami seramai 134 orang dalam kampung tersebut, namun rumah-rumah mereka tidak kelihatan kerana berjauhan dan diliputi hutan-hutan tebal. Selain itu kawasan disitu agak tenang dan udaranya sangat segar, begitu juga dengan air sungainya yang masih lagi segar tanpa sebarang pencemaran. 
Pada waktu malam kami tidur di dalam khemah dan imam-imam yang lain tidur di ruang tamu rumah tersebut. Sumber tenaga api ketika itu adalah generator tetapi tidak bertahan lama dan keadaan menjadi sangat sunyi dan gelap gelita kira-kira jam 10 malam dan kami Cuma menerangkan suasana dengan menggunakan lampu picit serta lampu api (Kabait) dan keluarga muallaf bersama imam seorang turun pergi berburu di dalam hutan sehinggalah waktu pagi.
Pada awal pagi hari kedua imam serta 2 orang beradik muallaf tersebut balik dengan membawa 2 ekor pelanduk. Alhamdulillah itulah rezeki kami pada hari kedua dan mula bersiap sedia meneruskan aktiviti yang dirancang iaitu turun bersama-sama dalam aktiviti harian keluarga tersebut. Kami dibawa pergi ke sungai untuk menangkap ikan. Perjalanan ke sungai besar memerlukan masa selama sejam dan perjalanannya melalui hutan tebal. Air sungai agak deras dan dalamnya kira-kira 10 kaki dan orang kampung tersebut masuk dalam air sungai untuk memanah ikan dengan mengunakan cermin air dan pemanah ikan sahaja. Imam yang lain pula memancing. Manakala kumpulan imam yang lain dibawa ke sungai yang lebih kecil untuk memukat serta menangkap ikan. Istilah memukat itu ialah “merambot”. Selain itu, imam yang lain pula menjadi suri rumah untuk menyediakan makanan di rumah kediaman. Pada waktu petang hingga malam kami ada majlis hari raya yang dihadiri semua keluarga muallaf termasuklah yang bukan muslim.
       Pada awal pagi hari ketiga kami teruskan aktiviti gotong royong dengan mengorek lubang tandas, membuat kerusi panjang daripada bulu dan tempat jemuran pakaian. Selesai gotong royong tersebut, kami berkumpul sekali lagi dan mengadakan majlis bacaan doa selamat dan bermaaf-maafan dengan ahli keluarga di situ dan mula berkemas untuk bertolak balik. Makanan yang disumbangkan pengarah JAKIM Sabah kami berikan kepada keluarga mereka untuk kegunaan makanan harian mereka. Selepas zuhur kami bertolak balik kira-kira jam 1 petang dan sampai di pekan Ranau kira-kira jam 6.00 petang. Orang kampung telah menyatakan agar kami datang sekali lagi di masa akan datang. Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan untuk sekali lagi datang ke kampung tersebut. Wallahualam.     
                                                                   
Solat zohor di Surau Kg Tompios
 Minum air kelapa di Surau Kg Tompios
Sampai di Tempat Letak kereta sebelum jalan kaki ke Kg Betong
Barang makanan yang hendak dibawa
Perjalanan kaki yang memakan hampir sejam
Rumah pertama yang dapat dilihat semasa dalam perjalanan sasaran
Rumah Saudara Baru
Cabaran Us Masnin Abdullah memikul barang makanan
Berkumpul kira- kira jam 6 petang
Aktiviti memasak
Makan malam; resepinya maggie
Tazkirah selepas Solat Maghrib
Suasana pada waktu malam di kawasan perkemahan
2 ekor pelanduk rezeki imam-imam dan saudara baru
bersusah payah imam Firdaus mengendalikan pelanduk
Suasana orang kampung
Aktiviti bersama orang kampung dalam aktiviti harian mereka
Masyarakat yang setia bersama kami walaupun tak seagama
Suasana pada waktu makan
Suasana pada awal pagi
Suasana selepas bangun pagi
Aktiviti gotong royong mengorek lubang tandas
Aktiviti Gotong-royong membina jemuran
Majlis Bacaan Doa

Bantulah Saudara Kita dalam semua bidang dengan sepenuh tenaga, jika tak dengan perbuatan, memadai dengan perkataan, jika tak mampu perkataan memadai dengan doa, jika tak mampu dengan doa bermaksud kita langsung tak peduli sesama saudara Islam.. Wallahualam...











Program Tahsin Solat Di Kg Lobou Timbua Ranau


KG.LOBOU TIMBUA: 14 November 2011 bersamaan hari Isnin, Program Tahsin Solat diadakan di sebuah kampung Saudara Baru iaitu di Kg Lobou Timbua yang memakan masa perjalanan dari pekan Ranau kira-kira selama 2 jam dengan jarak 37 Km jalan tidak bertar.  Program ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sabah Daerah Ranau (JHEAINS). Jumlah penduduk kampung ini seramai 375 orang dan yang beragama Islam seramai 120 orang.
Kampung tersebut merupakan sebuah perkampungan orang-orang berbangsa Dusun dan penduduk Islam kawasan tersebut pernah membuat cubaan untuk keluar Islam dengan alasan surau yang mereka memohon untuk dibina tidak diluluskan. Menurut orang kampung, mereka banyak kali memohon pembinaan surau tetapi tidak dapat, menurut mereka lagi, semasa beragama kristian dahulu, mereka memohon gereja dan dengan mudahnya mereka dapat hingga 2 buah gereja dibina di kawasan tersebut iaitu gereja SIB dan RC. Pada tahun 2010 pihak yang bertanggungjawab (tidak disebutkan agensinya) telah mengambil inisiatif untuk menjadikan kampung tersebut sebagai kampong angkat dan kampung tersebut dilimpahkan rahmat dengan mendapt rezeki sebanyak 400 ribu ringgit untuk pembinaan surau, rumah ustaz dan balai raya.
Sebelum pihak lain masuk menyelidik kawasan tersebut kami sudah datang menyelidik dan hasil penyelidikan kami adalah sebenarnya dulu memang ada surau di kawasan tersebut tetapi di robohkan dengan alasan tidak digunakan lagi, masyarakat disitu juga amat dhaif dan masih kurang kefahaman agama Islam. Akhirnya beberapa pihak (JHEAINS,JAKIM dan PERKIM) bergabung tenaga untuk mengambil langkah bijak dan syukur Alhmdulillah terbentang sebuah syiar di kawasan tersebut dengan tersergam indah sebuah surau.
Pada 14 November 2011 merupakan kali ke 6 kami datang kawasan tersebut untuk melancarkan program ringkas iaitu Tahsin Solat dan menurut penelitian kami penduduk seramai 99% masih tidak pandai mengambil wuduk dan solat.Alhmdulillah dengan bantuan Imam-Imam Qariah dan Imam Rawatib seramai 16 orang memberikan amali secara menyeluruh dengan penduduk kampung disitu. Misi kami belum tamat disitu sahaja dan akan datang kami sekali lagi akan datang memberikan sesuatu yang lebih dan akan melihat perkembangan penduduk kampung disitu.
Mudah-mudahan usaha kita diredhai oleh Allah swt dan menambah keimanan kita. Ambillah pengajaran daripada peristiwa yang berlaku.. menjaga akidah itu adalah satu KEWAJIBAN, Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terdapat dalam hati kita.. Doa kaum Muslimin amat diperlukan untuk menambah kekuatan silaturrahim..Moga-moga kaum muslimin yang berdoa ini akan mendapat rahmat dan diangkatkan darjat Oleh Allah SWT.. Amin ya Robbal Alamin... Wassalam..

Imam Hainin Abdullah memberikan sedikit Tazkirah Berkaitan SOLAT


Gaya Pratikal Imam Hainin semasa memberikan Tazkirah

Ketua Kampung amat tertarik segala mendengar Tazkirah


Sedang menyediakan makanan untuk semua

Makcik-makcik yang setia mendengar





Mengisi perut sebelum meneruskan Pratikal Solat

Imam-imam yang memberikan tunjuk ajar kepada penduduk kampung

Pratikal Solat



Pakcik ini berusaha menghafal Surah Al Fatiha

Gelagat semasa Pratikal

Pakcik Baru Belajar Cara Nak Solat

Gelagat Pratikal Solat

Berusaha memberikan yang terbaik

Pratikal solat hingga habis oleh Imam Lubin


"Sembahyanglah kamu Sebelum Kamu DiSembahyangkan" Jika Roh dah berpisah dengan Jasad maka segala amalan kita di dunia akan terputus..Maka bekalan apakah lagi yang hendak kita sumbangkan?

Galeri semasa datang pertama kali bersama JHEAINS Ranau dengan JAKIM Cawangan Sabah .
Bersama Orang Kuat Penduduk Islam Kg Lobou Timbua En Sutail Kasan
Inilah bentuk rumah di kawasan Kg Lobou Timbua
Bertemu orang kampung
Sesi temuramah dengan En Sutail
Gereja pertama yang diminta oleh En Sutail sebelum Islam
Gereja kedua yang diminta oleh En Sutail
Kawasan Tapak cadangan untuk pembinaan surau sekiranya diluluskan
  Syukur Alhmdulillah kerana akhirnya perintis jalan pertama yang dilakukan oleh 2 jabatan agama ini membawa hasil positif, yang berusaha ketika itu adalah Us Mohd Nordin Azmain (JHEAINS Ranau) dan Ustazah Dahlia (JAKIM Kota Kinabalu) bersama rombongan. Kini surau tersergam indah hasil sumbangan PERKIM bolehlah sesiapa yang berminat mengadakan program kampung tersebut dialu-alukan.  Wallahualam..