Isnin, 21 November 2011

Program Tahsin Solat Di Kg Lobou Timbua Ranau


KG.LOBOU TIMBUA: 14 November 2011 bersamaan hari Isnin, Program Tahsin Solat diadakan di sebuah kampung Saudara Baru iaitu di Kg Lobou Timbua yang memakan masa perjalanan dari pekan Ranau kira-kira selama 2 jam dengan jarak 37 Km jalan tidak bertar.  Program ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sabah Daerah Ranau (JHEAINS). Jumlah penduduk kampung ini seramai 375 orang dan yang beragama Islam seramai 120 orang.
Kampung tersebut merupakan sebuah perkampungan orang-orang berbangsa Dusun dan penduduk Islam kawasan tersebut pernah membuat cubaan untuk keluar Islam dengan alasan surau yang mereka memohon untuk dibina tidak diluluskan. Menurut orang kampung, mereka banyak kali memohon pembinaan surau tetapi tidak dapat, menurut mereka lagi, semasa beragama kristian dahulu, mereka memohon gereja dan dengan mudahnya mereka dapat hingga 2 buah gereja dibina di kawasan tersebut iaitu gereja SIB dan RC. Pada tahun 2010 pihak yang bertanggungjawab (tidak disebutkan agensinya) telah mengambil inisiatif untuk menjadikan kampung tersebut sebagai kampong angkat dan kampung tersebut dilimpahkan rahmat dengan mendapt rezeki sebanyak 400 ribu ringgit untuk pembinaan surau, rumah ustaz dan balai raya.
Sebelum pihak lain masuk menyelidik kawasan tersebut kami sudah datang menyelidik dan hasil penyelidikan kami adalah sebenarnya dulu memang ada surau di kawasan tersebut tetapi di robohkan dengan alasan tidak digunakan lagi, masyarakat disitu juga amat dhaif dan masih kurang kefahaman agama Islam. Akhirnya beberapa pihak (JHEAINS,JAKIM dan PERKIM) bergabung tenaga untuk mengambil langkah bijak dan syukur Alhmdulillah terbentang sebuah syiar di kawasan tersebut dengan tersergam indah sebuah surau.
Pada 14 November 2011 merupakan kali ke 6 kami datang kawasan tersebut untuk melancarkan program ringkas iaitu Tahsin Solat dan menurut penelitian kami penduduk seramai 99% masih tidak pandai mengambil wuduk dan solat.Alhmdulillah dengan bantuan Imam-Imam Qariah dan Imam Rawatib seramai 16 orang memberikan amali secara menyeluruh dengan penduduk kampung disitu. Misi kami belum tamat disitu sahaja dan akan datang kami sekali lagi akan datang memberikan sesuatu yang lebih dan akan melihat perkembangan penduduk kampung disitu.
Mudah-mudahan usaha kita diredhai oleh Allah swt dan menambah keimanan kita. Ambillah pengajaran daripada peristiwa yang berlaku.. menjaga akidah itu adalah satu KEWAJIBAN, Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terdapat dalam hati kita.. Doa kaum Muslimin amat diperlukan untuk menambah kekuatan silaturrahim..Moga-moga kaum muslimin yang berdoa ini akan mendapat rahmat dan diangkatkan darjat Oleh Allah SWT.. Amin ya Robbal Alamin... Wassalam..

Imam Hainin Abdullah memberikan sedikit Tazkirah Berkaitan SOLAT


Gaya Pratikal Imam Hainin semasa memberikan Tazkirah

Ketua Kampung amat tertarik segala mendengar Tazkirah


Sedang menyediakan makanan untuk semua

Makcik-makcik yang setia mendengar





Mengisi perut sebelum meneruskan Pratikal Solat

Imam-imam yang memberikan tunjuk ajar kepada penduduk kampung

Pratikal Solat



Pakcik ini berusaha menghafal Surah Al Fatiha

Gelagat semasa Pratikal

Pakcik Baru Belajar Cara Nak Solat

Gelagat Pratikal Solat

Berusaha memberikan yang terbaik

Pratikal solat hingga habis oleh Imam Lubin


"Sembahyanglah kamu Sebelum Kamu DiSembahyangkan" Jika Roh dah berpisah dengan Jasad maka segala amalan kita di dunia akan terputus..Maka bekalan apakah lagi yang hendak kita sumbangkan?

Galeri semasa datang pertama kali bersama JHEAINS Ranau dengan JAKIM Cawangan Sabah .
Bersama Orang Kuat Penduduk Islam Kg Lobou Timbua En Sutail Kasan
Inilah bentuk rumah di kawasan Kg Lobou Timbua
Bertemu orang kampung
Sesi temuramah dengan En Sutail
Gereja pertama yang diminta oleh En Sutail sebelum Islam
Gereja kedua yang diminta oleh En Sutail
Kawasan Tapak cadangan untuk pembinaan surau sekiranya diluluskan
  Syukur Alhmdulillah kerana akhirnya perintis jalan pertama yang dilakukan oleh 2 jabatan agama ini membawa hasil positif, yang berusaha ketika itu adalah Us Mohd Nordin Azmain (JHEAINS Ranau) dan Ustazah Dahlia (JAKIM Kota Kinabalu) bersama rombongan. Kini surau tersergam indah hasil sumbangan PERKIM bolehlah sesiapa yang berminat mengadakan program kampung tersebut dialu-alukan.  Wallahualam..

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum,,,
    Berdasarkan apa yang saya lihat dan baca dalam blog nie saya ingin bertanyakan beberapa soalan kepada pihak yang berkenaan. Namun dimanakah saya harus mengemukakan soalan tersebut selain daripada ruangan komen yang ada ini?
    Hal ini kerana, soalan yang bakal saya utarakan agak peribadi ataupun sensitif sedikit.
    terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam.. kalau nak bertanya boleh terus menghubungi kami di talian 088875125 pej.jheains Ranau.. atau hp. 0198416761 (penggerak Dakwah Ranau).. kebnyakan pkra snstf kmi tidak mskkn dlm blog ini.. sbnrnya blog ini diwujudkan bukan kerna nk bagi tontonan kpd umum shja..tetapi kerna mnjdikn blog ni sbg bank maklumat..tkt2 mklmt dlm simpanan peribadi musnah.. jd ini salah satu cara kami menyimpan maklumat smbl berkongsi kepada umum..

      Padam
  2. Assalamualaikum
    saya amat tertarik dengan blog nie. Semoga Allah memberkati setiap usaha yang anda lakukan. insha Allah.

    wassalam


    BalasPadam
  3. assalamualaikum w.t.w
    syukur alhamdulillah... akhirnya surau ini dapat dirikan di kg nie. smoga org2 kg berkenaan dapat menjaga dan memanfaatkannya dengan sbaik mungkin. saya berdoa agar setiap orang yg tinggal di kg nie mendapat hidayah serta sentiasa dlm lindungan kekuasaan-NYA. Insha Allah.

    BalasPadam
  4. ASSALAMUALAIKUM
    SUNGGUH KESIAN ORANG-ORANG YANG TINGGAL DI KG. BERKENAAN. DISEBABKAN TIDAK ADA SURAU DAN PEMBIMBINGNYA, ADA SESETENGAH DARIPADA MEREKA YANG MENCUBA UNTUK KELMBALI SEMULA KE AGAMA ASAL MEREKA. SEMOGA PENDUDUK KG BERKENAAN SENTIASA DIBERIKAN HIDAYAH OLEH ALLAH S.W.T. UNTUK TERUS HIDUP DALAM AGAMA ISLAM. AMIN...

    BalasPadam
  5. alhamdulillah kepada oihak pengerak dakwah..semoga semuanya berjalan dgan lancar,.
    sya sendiri berasal dari kg timbua ranau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga doa kalian menjadikan kita bersama2 diredhai Allah dan mendapat kekuatan Aqidah serta ketaqwaan.. Amin.. terima kasih..

      Padam

Beri komen anda..
Agar kami boleh memperbaiki kelemahan..